Kedah putuskan Pokemon Go haram
ALOR SETAR - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah yang
bersidang dua jam setengah di Pejabat Mufti Kedah memutuskan Pokemon Go
haram.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, keputusan
itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai pandangan termasuk keputusan
dibuat ulama antarabangsa yang mendapati ia lebih banyak mendatangkan
kemudaratan berbanding kebaikan.
“Kami ambil keputusan permainan Pokemon Go wajar dihalang dan disekat
serta dilarang. Saya rasa perkataan ini sudah memberi erti haram, malah
lebih daripada itu.
“Kalau kita haram saja tak sekat, orang akan amal juga. Kita mahu lebih
daripada itu, kita mahu perkara ini dihalang dan disekat oleh orang
yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya sebab kita rasa kalau hanya
kita hukum orang masih buat juga,” katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, pengharaman itu mesti diikuti usaha menyekat
perkembangannya kerana ia boleh mencetuskan kemudaratan yang lebih besar
dan memberi keburukan kepada kehidupan seharian, tugas-tugas, keimanan
dan kepercayaan kepada ALLAH.
“Kalau kita tengok, Pokemon Go ini juga boleh buat benda-benda yang
ajaib. Maka sudah tentu anak-anak kecil yang menyaksikan permainan ini
akan merasakan Pokemon ini boleh buat benda-benda ajaib dan di luar
jangkaan dia, sedangkan kita tahu sebagai Islam benda-benda ajaib hanya
ALLAH saja yang berkuasa melakukannya.
“Sebab itulah perkara ini harus disekat demi menjaga latar belakang
kita sebagai orang yang beriman kepada ALLAH. Kita juga telah merumuskan
dalam perbincangan, terdapat beberapa keburukan yang dicetuskan oleh
permainan ini, antaranya ancaman kepada akidah,” katanya.
Beliau berkata, perkara sama juga pernah dinyata ulama antarabangsa
bahawa Pokemon Go boleh mengancam ibadah, akhlak dan sosial budaya umat
Islam.
Selain itu katanya, permainan ini juga boleh mengganggu-gugat
keselamatan kerana tempat kerahsiaan dan privasi peribadi sudah
dicerobohi termasuk rumah ibadat.
Jelasnya, kesan daripada permainan itu dikhuatiri boleh mengancam dan terdedah kepada kerahsiaan negara.
“Ketagihan terhadap permainan ini menyebabkan mereka hilang fokus
kepada kehidupan realiti. Inilah antara benda negatif yang boleh muncul
daripada permainan ini.
“Dalam Islam ada kaedah-kaedah untuk menghalang, benda yang negatif
harus diberi perhatian utama. Apatah lagi kalau permainan ini tiada
faedahnya, kalau ada pun amat sedikit, sekadar untuk menghilangkan
tekanan,” katanya.
Beliau turut menyarankan ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dan
memantau pergerakan anak-anak agar tidak terjebak permainan atau program
yang boleh menggugat keimanan dan masa depan.
“Ibu bapa jangan hanya pandai melahirkan anak, tapi pandai mendidik
anak-anak supaya mereka akan menjadi harapan bangsa, negara dan menjadi
tunas-tunas yang boleh diharapkan untuk pertahankan kedaulatan agama di
negara kita.
“Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menyekat
perisian permainan Pokemon Go ini dan mana-mana perisian lain yang
mempunyai unsur-unsur keburukan yang sama. Saranan ini kita buat dan
kita minta supaya disegerakan kerana pengisytiharan sebagai haram tidak
mampu menyekat masyarakat melayarinya,” katanya.
2 orang berkata:
chrome hearts
nike air huarache
hollister canada
adidas trainers
polo ralph lauren outlet
michael kors factory outlet
louis vuitton sunglasses
fitflops sale
coach outlet clearance
ralph lauren outlet
rolex watches,rolex replica watches,replica rolex watches,replica watches
ferragamo shoes sale
polo pas cher
cheap nfl jerseys
rolex outlet
nike air force 1
ugg outlet
true religion uk outlet
polo ralph lauren
fitflops sale
nike free run
kate spade uk
burberry sunglasses on sale
christian louboutin uk
michael kors wallet sale
hermes belt for sale
fitflops clearance
tiffany and co jewelry
louis vuitton outlet stores
jordan 11
ugg boots outlet
nhl jerseys
coach outlet
lululemon outlet
ugg sale
thomas sabo outlet
0812jianxiang
chrome hearts
nike air huarache
hollister canada
adidas trainers
polo ralph lauren outlet
michael kors factory outlet
louis vuitton sunglasses
fitflops sale
coach outlet clearance
ralph lauren outlet
rolex watches,rolex replica watches,replica rolex watches,replica watches
ferragamo shoes sale
polo pas cher
cheap nfl jerseys
rolex outlet
nike air force 1
ugg outlet
true religion uk outlet
polo ralph lauren
fitflops sale
nike free run
kate spade uk
burberry sunglasses on sale
christian louboutin uk
michael kors wallet sale
hermes belt for sale
fitflops clearance
tiffany and co jewelry
louis vuitton outlet stores
jordan 11
ugg boots outlet
nhl jerseys
coach outlet
lululemon outlet
ugg sale
thomas sabo outlet
0812jianxiang
Post a Comment