Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYAFI'IE AFDAL LEBIH PANDAI DAN BERANI DARI MUHYIDDIN


Cabaran besar, laluan sukar jika bawa imej VVIP
Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu
Muhyiddin ketika ditemui media di perkarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

SHAH ALAM - Parti Bersatu berdepan cabaran besar menarik sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar jika gagal mempunyai jentera dan mengikis imej parti untuk golongan kenamaan atau ‘VVIP’ sahaja.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Bersatu akan melalui laluan lebih sukar apabila pengasasnya masih tidak mendapat sokongan sejak disingkir daripada Umno.

“Tak ramai ikut Muhyiddin selepas dipinggirkan atau selepas Mahathir keluar Umno, sama ada ahli mahupun pemimpin Umno lain. Bila tiada penyokong dan jentera, parti (nampak) agak elit. Adakah itu memadai?

“Parti politik di Malaysia memerlukan jentera. Macam DAP, dia tiada jentera, tapi dia bergantung kepada pengundi kelas pertengahan di bandar, di mana tak perlu jentera kerana mereka boleh terus mengundi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, sehingga kini, tiada tanda-tanda yang jelas bahawa ahli dan pimpinan Umno mahu memberi sokongan kepada parti baharu itu.

“Saya percaya parti ini tak mungkin boleh menarik ahli-ahli tegar Pas dan Umno. Malah sewaktu Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim lagi berjaya dari konteks ramai pengikut selepas disingkir dan keluar daripada Umno,” ujarnya.

Beliau berkata, Bersatu dilihat menyasarkan orang Melayu yang kecewa, tidak berpuas hati dan meneruskan sokongan kepada Umno serta BN kerana matlamat penubuhannya lebih cenderung untuk menjatuhkan pihak tertentu sahaja.

“Mungkin Bersatu nak menarik sokongan orang Melayu, (iaitu) orang Melayu yang tidak berpuas hati, mungkin kecewa atau merasakan mereka tidak mahu meneruskan sokongan sama ada kepada Umno, mahupun Pas.

“Soalnya, ahli-ahli Umno yang saya lihat sekarang belum lagi teruja untuk meninggalkan Umno atau nak beri sokongan kepada parti baharu sejak Muhyiddin dipecat sehingga kini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan itu boleh berubah jika bekas pemimpin Umno dalam Bersatu mempunyai keupayaan mengendalikan isu semasa dengan baik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.