Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MEMBERI DAN MENERIMA TETAP BERSALAH,


YANG MEMBERI DAN MENERIMA TETAP BERSALAH, SEBAB ITU: JIKA PEMBERI DAN PENERIMA TIDAK BENAR BERLAKU MAKA MEREKA PERLU SAMAN "SARAWAK REPORT" DAN MEREKA DI INGATKAN SUPAYA JANGAN MENERIMA KEMA'APAN JIKA SARAWAK REPORT MEMOHON MA'AF, SARAWAK REPORT MESTI DIAJAR SECUKUPNYA. 
 
SELAMA INI MUNGKIN SARAWAK REPORT BOLEH PERLECEH PM MALAYSIA KERANA TIDAK BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TERHDAP SARAWAK REPORT, NAMUN PAS DAN PUCUK PIMPINANNYA BUKAN MACAM MEREKA YANG PENAKUT, PAS PERLU MENGAJAR SARAWAK REPORT - Pak Karamu
 
 
Mahfuz cabar Sarawak Report dedah bukti
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dicabar menamakan pemimpin tertinggi Pas yang didakwanya menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ganjaran menjauhkan parti itu daripada gabungan pembangkang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Brown perlu menunjukkan bukti penyaluran dana tersebut dan mendedahkan nombor akaun bank milik pemimpin Pas yang terlibat kepada umum.

“Saya masih tidak mempercayai laporan Sarawak Report yang menuduh Pas menerima derma RM90 juta daripada Perdana Menteri, yang disalurkan melalui individu pimpinan tertinggi Pas yang tidak dinamakan.

“Jika Sarawak Report boleh dedahkan (nama dan akaun), saya percaya pimpinan Pas tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan, sama ada ia derma politik Najib kepada Pas atau untuk individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Mahfuz menegaskan, sekiranya Sarawak Report gagal mengemukakan bukti penyaluran dana itu, Pas tidak teragak-agak menyaman media asing berkenaan.

“Pas bukan penakut dan pengecut seperti Najib dan Umno yang berulang kali kata nak ambil tindakan kepada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report, sampai sekarang tiada tindakan diambil.

“Sebaliknya makin banyak pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang meyakinkan rakyat tentang kecurian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang benar berlaku,” ujarnya.

Mahfuz masih menaruh keyakinan tinggi terhadap pimpinannya bahawa mereka tidak melakukan perbuatan seperti itu, selaras dengan pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada pemimpin Pas yang menerajui negeri terlibat dengan rasuah.

“Namun, laporan Sarawak Report tidak boleh dipandang sepi oleh pimpinan Pas kerana ia sedikit banyak boleh mempengaruhi untuk menghakis kepercayaan rakyat terutama ahli, terhadap Pas,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan berita tersebut yang tersebar selepas kenyataan itu disiarkan tidak sampai 24 jam.

Menurut Tuan Ibrahim, laporan disiarkan dalam portal Sarawak Report itu hanyalah cakap-cakap kosong yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.