Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINTA MA'AF NAIKKAN NAJIB, MINTA MA'AF MASUKAKAN ANUAR, MINTA MA'AF SUMBATKAN ISA, MINTA MA'AF MAMALI ? MINTA MA'AF ..... ???


Minta maaf sebab naikkan Najib..
Minta maaf sebab naikan Najib..
Tun Mahathir memotong kek sempena sambutan hari lahirnya yang diraikan pada Majlis Sambutan Hari Raya PH di Dewan Chon Moi, disini malam tadi.
 
KOTA TINGGI - "Saya minta maaf sebab saya terlibat menaikkan (Datuk Seri) Najib jadi PM (perdana menteri).. Saya silap sepatutnya saya angkat Mat Sabu jadi PM,"seloroh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Pakatan Harapan di Dewan Chon Moi, disini malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersatu meluahkan rasa kesal dan rasa tertipu kerana tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku anak kepada ikon negara yang berjaya membangunkan kawasan luar bandar termasuklah menubuhkan Felda tidak mewarisi sifat ayahnya.

Menurutnya, beliau adalah antara pihak yang terlibat secara langsung dengan permulaan skim Felda dan dapat melihat sendiri ketika itu peneroka berusaha keras masuk ke dalam hutan menebang pokok hanya menggunakan parang untuk meneroka tanah.

"Apabila kita merdeka kita dapat tubuh kerajaan. Kerajaan beri sokongan dan bantuan kepada peneroka Felda. Tebas dan tanam pokok getah dan kelapa sawit sebab itu Felda mampu jadi ladang terbesar dalam dunia.

"Sepatutnya peneroka ini dapat keuntungan yang banyak tetapi malangnya ramai peneroka kini berhutang bukan sikit tetapi lebih RM100,000 seorang.

"Apa yang berlaku hari ini saham Felda Global Venture (FGV) dah jatuh harga. Kononnya orang Felda akan jadi jutawan sebaliknya hari ini peneroka tahu ia satu pembohongan,"katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan mempunyai perancangan sendiri untuk menyelesaikan masalah dihadapi peneroka Felda.

Beliau juga mendakwa tahu kedudukan dan pihak bertanggungjawab yang 'mencuri' duit Felda selama ini.
Katanya, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan duit tersebut akan dikembalikan kepada rakyat.

"Kita semua tahu antara kerosakan dilakukan kerajaan hari ini ialah Felda. Duit Felda dicuri.

"Tidak sepatutnya Felda rugi sebab dunia tahu Malaysia sebuah negara yang dapat keuntungan besar dari industri kelapa sawit. Entah macam mana peneroka alami kerugian dan berdepan hutang yang besar.

"Kami dalam Pakatan Harapan mempunyai perancangan untuk selesaikan masalah dihadapi peneroka-peneroka. Kita boleh selesaikan masalah ini kerana kita tahu duit dicuri itu ada dimana. Orang yang mencuri pun kita tahu,"katanya lagi.

Jelasnya, penubuhan Pakatan Harapan hasil gabungan empat parti itu bertujuan untuk memperbaiki segala masalah dilakukan kerajaan sekarang melalui kebolehan yang ada.

Hasrat untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga mampu dilakukan Pakatan Harapan kerana parti itu mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan negara.

"Pakatan Harapan mengambil berat tentang keadaan negara. Yang kami minta sikit sahaja pangkah Pakatan Harapan. Selebihnya kami akan buat. Bila  dapat tubuh kerajaan serta merta kami akan kembalikan kegemilangan negara. Dengan sedikit pangkah itu juga dunia akan kembali memandang tinggi kepada negara kita,"katanya.

Hadir sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Terdahulu, beliau yang hadir ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut diraikan dengan kek dan pulut kuning sempena menyambut hari kelahiran ke dua-dua tokoh itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir turut menyempurnakan pelancaran Pakatan Harapan Kota Tinggi pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu.

31 orang berkata:

Anonymous said...

Sedangkan Nabi seorang pemaaf.
Ko apa masalah?
Nak kapir kan orang lagi ke?

Anonymous said...

Ok la. Dah tua sebelum Allah panggil, eloklah mintak maaf. Jangan dah tua, nafas dah pendek, jantung dah lemah pun tak nak mintak maaf. Bukan tambah baik, tambah kuat menipu. Dah kafirkan org pun tak nak mintak maaf. Dah fitnah org tokey pil kuda pun tak nak mintak maaf. Maklumlah kompom masok sorga!!!

Anonymous said...

SEMUGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA, ALLAH TELAH MEMBERI KESEDARAN KEPADA TUN DR MAHADZIR, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA TUN DR MAHADZIR UNTUK MEMPERBETULKAN KEROSAKAN YANG TERJADI DIMALAYSIA INI YANG MANA SEBAHAGIANNYA BERPUNCA DARI KESILAPAN TUN MASA BERKUASA DULU, SEMUGA TUN DAN KITA SEMUA BERJAYA, SEMUGA TUN DR HASMAH MULA MENUTUP AURAT AMIN AMIN AMIN

Anonymous said...

Eloklah tu. Dah buat salah kenalah mintak maaf. Lepas tu taubat nasuha.

Anonymous said...

IN SHA ALLAH

Anonymous said...

Serius. Aku x pernah dengar tuang presdeng mintak maaf. Mungking nak mintak maaf kat akhirat besok kot

Anonymous said...

Hanya org yg berani dan berjiwa besar serta takutkan hukuman Allah shj yg sanggup meminta maaf. Org yg hatinya dah hitam dan tertutup hidayah tidak akan berani meminta maaf. Syaitan bisik kat telinga "relak la. Buat apa mintak maaf. Nanti maruah ko sebagai ketua akan jatuh. Tak payah mintak maaf la"...

Anonymous said...

Syaitan akan susah hati kalu ada pasangan kahwin, kalu ada org bangun pagi solat subuh, kalu ada orang baca Quran, kalu ada orang bermaafan. Syaitan akan bisik kat telinga kita supaya membenci orang yg bermaaf2an. Syaitan bisik kat telinga kita supaya kita buat fitnah kat orang yg bermaaf2an. Malaikat suruh kita syukur sbb org bermaaf2an tapi kita lebih suka dengar bisikan syaitan... kita lebih suka ikut syaitan masuk neraka sama2.....

Kan pak karamu?

Anonymous said...

Saya pun tak faham kenapa ada orang islam mcm pak karam, macam tak suka je bila ada orang sesama islam saling bermaafan. Kenapa ye?

Anonymous said...

Setan bisik kat telinga supaya jangan mintak mahap. Setan kata kalu mintak mahap nanti jatuh maruah sebagai tuan presden.

Anonymous said...

Orang: aku fitnah dia dgn panggilan barua, pil kuda.

Malaikat: mohonlah maaf kepadanya supaya Allah ampunkan kamu.

Syaitan: jangan minta maaf. Nabti maruah kamu sebagai pemimpin besar akan jatuh. Tak perlu mintak maaf.

Orang: tak payah mintak maaflah. Nanti maruah aku jatuh.

Anonymous said...

Saya doakan moktar senek akan menjadi presiden pas dan nik abdoh menjadi MB kelantan. Aminn

Anonymous said...

Pak karam...
Dari sudut islam, salahkah meminta maaf drp seseorang? Adakah memohon maaf drp seseorang itu bertentangan dengan ayat Quran? Ayat mana tu, pak karam?

Anonymous said...

Saya pulak doakan zuhdi jadi ketua majlis ulamak. Mokrar snik jadi mursidul am

Anonymous said...

Bermaaf-maafan itu amalan mulia. Syaitan dan sekutu-sekutunya memang tak suka dengan amalan mulia ini.

Anonymous said...

Bila 2 orang pemimpin tu bermaafan, pembangkang atau PH akan menjadi lebih kuat.

Musuh2 PH akan kecut perut. Itu yg mereka tak senang hati bila tengok dua pemimpin tu bermaafan.

Anonymous said...

Ada tak sapa2 kat sini yg minat nak beli karbon? Aku nak jual karbon ni. 5 juta je setahun.

Anonymous said...

Ada tak sapa2 kat sini yg minat nak jual karbon? Aku nak beli karbon ni. 5 juta setahun.

Anonymous said...

KENAPA AGAKNYA PAS DAN UMNO MCM TAK PUAS HATI JE LIM KIT SIANG TAK DIPILIH SBAGAI PEMIMPIN UTAMA DALAM PH YER?

Anonymous said...

Sebab x dpt main isu barua dap.
Tu yang umngok dan pas meroyan siang malam.
Skang modal diaorg serang Bersatu. Sampai Tun M minta maaf pun umno dan pas jadikan isu.
Kesian.

Anonymous said...

demi kuasa ape salah mintak maap betok x barua2 pentaksub semua? hehehe.. dah 20x raya lepas humban anuar dalam jel x mintak2 maap, tapi atas nafsu/keperluan politik dan kuasa, xda ribut xda taufan ok je mintak maap hehehe.. barua2 pentaksub pun semua terpancut2 terharu sambil backup, siap pakai hujah agama supaya nampak perkara ni benar2 suci hahahaha..sama mcm korang backup pas dulu la.. pas dulu sangat2 suci kat mata korang barua2 pentaksub hihihi.. tapi skrg korang barua2 pentaksub baru nampak yg pas ialah sebuah parti yg x boleh dipercayai.. walhal masa pas kawan ngan korang dulu pun memang pas dah x boleh dipercayai pun,masa tu pun dia jual agama dah.. bahkan sebelum tu pun dia jual agama dah..bak kata madey "lamaa dahhh" hehehe.. tapi bila pas dah x kawan ngan korang baru korang nak nampak dan kecoh2 jakun hehehe..nyanyi2 nyalak2 sana sini hehehe.. walhal orang dah tau lama hihi..tapi steady je korang terang2kan pas begitu dan begini mcm la org x tau hehehhe.. sama la korang barua2 pentaksub ngan madey 2x5 hihi.. yg x tahan tu siap pakai hujah agama tu supaya madey nampak suci hahahahahaha.. haramjadah tol perangai korang barua2 pentaksub hahahaha.. x cool langsung hihihi..

Anonymous said...

Mintak maap...buat baik.Ada makna tuuuuuu.

Anonymous said...

ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA GALANYA, ALLAH MAHA MENGETAHUI, MEMPERTIKAIKAN KUASA ALLAH SAMALAH SEPERTI........

Anonymous said...

Siapa kau nak menilai maaf seseorang!
Xde agama ke?

Anonymous said...

BERSANGKA BAIK LEBIH BAIK DARI MEMANDANG SERONG, JIKA TUN BENAR BENAR IKHLAS MINTA MAAF, BAGAIMANA? BUKAN KAH KITA YANG MEMANDANG SERONG ITU MELAKUKAN SUATU KESALAHAN? INGATLAH, ALLAH MAHA LUAS ILMUNYA, ALLAH MAHA MELIHAT, ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Anonymous said...

bersangka baik taik korang la hehe.. x payah yo2 o la geli la hihi.. ko g sangka baik ngan pas dulu la barua2 oin pas dah xkawan ko sangka baik ko bleh ilang lak.. sangka baik ni x leh pilih2.. yg bleh pilih2 penipu.. yg kawan ngan parti dia, dia sangka baik, yg dah x kawan dia x sangka baik, kalo kawan balik dia u turn sangka baik balik hehehe.. ei sudah la haramjadah sume

Anonymous said...

Sbb setan dah beranak pinak kat telinga lobai

Anonymous said...

Org mintak maaf pun ko marah. Setan dah beranak pinak kat telinga ko ni...

Anonymous said...

Yup. Mintak maaf tu tuntutan Islam. Lepas tu boleh tendang pas dan ubn

Anonymous said...

Cam x ada agama je budak ni. Cam yahudi plak

Anonymous said...

ok la aku sangka baik kat madey tapi x sangka baik kat pas.. kita pilih2 la sangka baik kita tu.. kita bagi madey ok pas x payah.. setuju? hehehehe

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.