Pesanan terakhir mangsa sebelum 'pergi jauh'
BAGAN DATOH - "Wak motor saya di bawah (hadapan pintu masuk jeti) dan
barang-barang ini jaga elok-elok saya dah tak tahan dan nak pergi jauh
dari sini.
Menurut Jajuli, mangsa datang kepadanya ketika dia sedang memancing di jeti berkenaan sekitar jam 8.40 malam dalam keadaan kelam kabut dan berpeluh di dahi.
"Dia memberi salam kepada saya kemudian turun ke motosikal dan membuka jaketnya sebelum naik semula ke jeti berkenaan dan menuju kembali ke arah saya.
"Kemudian dia serahkan semua barang-barang kepunyaannya seperti kad pengenalan, dompet, rokok, kunci motor dan beg galas pinggang sebelum terus turun ke tangga ditengah jeti," katanya ketika menceritakan semula kejadian di lokasi hari ini.
Tambahnya, selepas menerima barang tersebut dia terdengar mangsa membuka pagar untuk turun ke bawah sungai.
"Tiba-tiba saya dengar bunyi percikan air dan lihat dia (mangsa) sudah di dalam air tengelam timbul sambil menjerit meminta tolong.
"Saya terus menjerit mengatakan ada orang terjatuh sungai bagi mendapatkan pertolongan, tetapi air terlalu deras dan mangsa hilang begitu sahaja," katanya.
Menurut Jajuli, dia masih lagi trauma dan terbayang kejadian berkenaan memandangkan ia berlaku dalam sekelip mata.
"Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang jeritannya meminta tolong selepas dihanyutkan ke tengah sungai," katanya
0 orang berkata:
Post a Comment