DAP ibarat ‘mengajar itik berenang’
KOTA BHARU – Kenyataan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin bahawa Pas
sepatutnya melihat Umno dan BN sebagai musuh utama hanyalah seperti
‘mengajar itik berenang’.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama
ini Pas tidak pernah berundur dari cita-cita untuk menggantikan BN di
tampuk pentadbiran negara dan kenyataan hanyalah untuk menanamkan
persepsi bahawa Pas sedang menjalin hubungan persahabatan dengan Umno.
“Ia sekali gus menjulang DAP sebagai hero di kalangan pakatan parti
pembangkang. Bee Yin barangkali keliru atau sengaja mengelirukan
khalayak apabila menyebut bahawa Pas menjadikan DAP sebagai musuh utama
sedangkan jelas bahawa pihak yang mula-mula mencetuskan permusuhan di
antara kedua-dua parti ini ialah DAP sendiri.
“Bee Yin perlu sedar bahawa DAP lah yang telah membuat keputusan untuk
memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
melalui mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada 24 Mac 2015,”
katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Bee Yin mendakwa Pas sepatutnya
melihat Umno serta BN sebagai musuh sebenar mereka sekiranya berhajat
mengubah pentadbiran negara dan bukannya melabelkan DAP sebagai seteru
baharu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno adalah musuh sebenar DAP - Pas]
Tambah Ahmad Fadhli, di Sarawak, DAP juga telah mengumumkan keluar dari
Pakatan Rakyat pada 27 Mac 2015 tanpa sebarang bantahan dari DAP Pusat.
Manakala usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP hanya dibentangkan
di dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat pada bulan Jun 2015 iaitu selepas
tiga bulan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas.
Beliau berkata, Bee Yin perlu kembali menelaah sejarah kerana Pas tidak
pernah menggugurkan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan ini telah
dimaklumi oleh pimpinan DAP sama ada ketika PRU 2008 mahupun PRU 2013.
“Apakah yang membezakan Pas pada masa itu dengan Pas pada masa sekarang
sehingga DAP bertindak membakar kapal Pakatan Rakyat? Ahli parti
manakah yang boleh bersabar apabila Presiden mereka dilabel sebagai
hilang akal oleh pimpinan utama parti sekutu?
“Sedarkah Bee Yin bahawa Guan Eng telah melontarkan label ini kepada
Presiden Pas pada 24 Mei 2015? Lim Guan Eng juga telah membuat kenyataan
terbuka bahawa mengundi Pas sama ertinya mengundi Umno pada 15 November
2015?
"Bukankah ini semua serangan terhadap Pas? Bahkan dalam kenyataan yang
sama, Lim Guan Eng dengan jelas dan terang menyatakan bahawa kewujudan
DAP di Selangor ialah untuk menghalang Pas ‘berbuat jahat’ seperti yang
dilakukan Pas di Kelantan,” katanya.
3 orang berkata:
Kalau dah ada rekod, share lah dgn kami. Kami pun nak tau gak. Nak tgok bukti dan contoh. Tak kan tak leh share? Apa yg rahsia sngt sampai org lain tak leh tau? Dap putus hubungan dgn hadi? Itu tak bererti dap anti Islam atau Melayu. Come on lah. Share dgn kami semua. Janji kalu ada bukti yg diterima kami akan sokong pas.
coach outlet online
oakley sunglasses
tiffany and co
adidas wings shoes
ugg outlet
uggs outlet
mac cosmetics
cheap jordan shoes
tiffany and co
ralph lauren uk
rolex watches for sale
rolex watches,rolex watches,swiss watches,watches for men,watches for women,omega watches,replica watches,rolex watches for sale,rolex replica,rolex watch,cartier watches,rolex submariner,fake rolex,rolex replica watches,replica rolex
coach outlet store
oakley outlet store
coach outlet
new balance shoes
coach outlet online
cheap nike shoes
valentino outlet
mlb jerseys
mm0114
http://www.emirates.prokr.net/
http://www.kuwait.prokr.net/
Post a Comment