Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa?
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan
persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang
mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.
Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu
dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.
"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah
diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan
hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah
menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang
dan simpati mengiringi cerita tipu itu.
"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya
telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik
pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu
di Facebooknya hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan khas jejak remaja dilarikan van putih]
Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik
baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.
Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman
mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang
spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.
Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak
Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.
Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.
1 orang berkata:
michael kors uk outlet
nba jerseys
coach outlet online
michael kors outlet online
moncler jackets
coach outlet store
ugg boots uk
ferragamo shoes
ugg outlet uk
nike outlet factory
tods shoes
oakley sunglasses sale
ferragamo outlet
hollister uk
tory burch outlet online
michael kors outlet online
babyliss pro
fitflops clearance
michael kors online outlet
burberry outlet sale
mm0114
Post a Comment