Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli
PETALING JAYA - DAP berada dalam dilema apabila segelintir pemimpin dan
ahlinya sendiri tidak senang dengan hasrat parti itu untuk menerima
keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.
Pengarah Strateginya, Dr Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap
cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvanis yang didakwa
sudah sebati dengan DAP.
"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
"Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak
begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya
daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak," katanya
pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu
Pada PRU14' di sini, malam semalam.
Mengulas lanjut, Kian Ming juga berkata jika dilema itu dapat diatasi,
DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada
PRU14 akan datang.
Dalam pada itu, Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang berkata lagi,
jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam
parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.
"Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah
Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan
Undangan Negeri (Dun) Johor.
"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu,"
"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu,"
0 orang berkata:
Post a Comment