Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO KHALID TAK CUKUP MASAK TENTANG ISLAM LEBIH BAIK TUTUP MULUT

UMNO BUKAN PILIHAN PADA PERENGKAT AWAL OLEH PAS, DEMIKIAN JUGA PADA BILA-BILA MASA SELAGI DASAR BERLAINAN, NAMUN DISEBABKAN ADA SEDIKIT KELONGGARAN DI DALAM DASAR SIYASAH SYARA' MAKA IA TIDAK MENOLAK ATAS DASAR YANG DIBOLEHKAN OLEH AGAMA, PAS MUNGKIN BOLEH  BERTAHALUF DENGAN PARTI YANG LAIN JUGA TAPI BUKA PADA PARTI AMANAH DAN DAP, KERANA DUA PARTI INI TELAH MEROSAKKAN CITA-CITA PERJUANGAN PAS DAN PAS YAKIN ADA MUSUH BERSEKONGKOL UNTUK MENGHANCURKAN DASAR YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS - Pak Karamu                        
 
 
Kerana dominan, Pas berdamping dengan Umno
Muzakarah
 
PETALING JAYA – Pas didakwa mahu kekal mendominasi pengundi Melayu Islam dengan cara ‘mendampingi’ Umno selepas hasrat menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat tidak kesampaian.  
 
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Pas terpaksa mencari kaedah lain dan Umno adalah rakan politik terbaik kerana parti Islam itu sendiri mahu menjadi dominan seperti Umno dalam BN. 

“Antara dilema yang dihadapi Pas ialah mereka menginginkan satu keadaan seperti mana dalam BN, di mana Umno mendominasi BN. Bila Pas dapati itu tidak mungkin berlaku kerana kita bercakap soal kepimpinan melalui konsensus, kepimpinan kolektif, atas prinsip keadilan, pembelaan untuk semua dan sebagainya. 

“Oleh kerana itu Pas mencari kaedah lain untuk mengekalkan dominasi Melayu Islam dalam kerangka BN dan mungkin itu antara caranya dengan berdamping dengan Umno menjadi penasihat atau rakan,” katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini, malam semalam. 

Minggu lalu, Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam dan ia merangkumi semua aspek demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu. 

Sebelum ini juga, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dilaporkan sebuah portal bahawa Pas pernah bercita-cita menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat apabila menyatakan hasrat untuk bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu. 

PRU13 lalu menyaksikan Pas mengalami kemerosotan berbanding 2008 apabila parti Islam itu kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan hanya peroleh 21 kerusi Parlimen. 

Manakala pada 2008, Pas kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi. 

Mengulas lanjut, Khalid juga mendakwa Pas tidak senang dengan pendekatan Pakatan Rakyat sebelum ini bukan berasaskan dominasi, sebaliknya kepada kepimpinan kolektif. 

“Pas tak mahu pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan), malah Amanah juga tidak bersetuju dengan hasrat Pas itu. 

“Kita merasakan parti politik Islam mampu berperanan dalam suasana padang yang sama rata dan kita cukup yakin, prinsip keadilan, kesaksamaan yang dituntut dalam Islam boleh diterima semua,” katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.