Netizen berang selepas tahu cerita sebenar
SHAH ALAM - Tindakan seorang remaja yang mereka-reka cerita kononnya
diculik oleh van putih mengundang reaksi kurang senang di kalangan
netizen hari ini.
Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 sebelum ini menjadi perhatian
selepas rakaman perbualan telefon dengan kakak angkatnya yang
menggambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah
van putih menjadi viral di media sosial.
Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan
tindakan gadis berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas untuk
memberi pengajaran kepada remaja lain.
Nora Mei Li berkata Ya ALLAH...budak ni kecik-kecik dah pandai menipu
ikut boyfriend rupanya. Punyalah risau memikirkannya walaupun kita bukan
mak bapaknya. Macamana perasaan mak bapak dia bila dengar keadaan
sebenar. Boleh dia main-main...Nauzubillahminzalik.....
"Satu Malaysia kena tipu dengan budak ni. Bimbang lepas ni kalau lah
ada berlaku kes culik yang benar-benar terjadi, tiada siapa lagi nak
percaya. Tindakan budak ni membabitkan banyak pihak,' tulis Sa'adiah Abd
Rahman
"Pihak yang brkenaan kena ambik tindakan yang sewajarnya atas budak
remaja ini kerana kes seperti ini akan banyak menyusahkan rakyat
Malaysia yang lain yang benar-benar terlibat dengan kes penculikan
sebenar," tulis Zety Qarmila
[ARTIKEL BERKAITAN: Nur Amirah ditemui selamat, reka cerita diculik]
Aziah Mat menulis remaja perempuan ini melakukan banyak kesalahan,
perlu diambil tindakan untuk menyedarkan beliau dan memberi ingatan
kepada remaja lain.
"Hantar sahaja ke pusat tahanan juvana sebagai pengajaran supaya mereka
yang nak menipu ibu bapa dan orang ramai kena berfikir banyak kali.
Tahniah PDRM syabas atas kecekapan menyelesaikan masalah dalam negara,'
tulis Ismail Saad pula.
Amirah ditemui selamat kira-kira 7.45 petang bersama teman lelakinya,
19, yang baru dikenali kurang sebulan di hadapan sebuah stesen minyak
di Kanchong Darat, Banting.
0 orang berkata:
Post a Comment