Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUATU PANDANGAN YANG TERBAIK

MEREKA YANG BERPANDANGAN SEMPIT AKAN MEMBAWA ISU ASSOBIYAH, SEBENARNYA PANDANGAN SEPERTI YANG DIUTARAKAN OLEH KHALID HANYA MAHU MEMPERLEKEH BANGSA DAN AGAMA, ATAU MEMANG BANGSA MELAYU SEMEMANGNYA SUKA JADI PELURU MUSUH -Pak Karamu

Anggap Melayu hanya undi kerana kaum, agama satu penghinaan
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - Tindakan menganggap pengundi Melayu hanya akan mengundi sesebuah parti atas faktor perkauman dan agama dilihat perbuatan menghina orang Melayu sendiri. 

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ia tidak berasas kerana sehingga kini tiada penilaian objektif dibuat mengenai keperluan, kemahuan, kecenderungan dan sokongan kaum itu sekarang.

"Saya tidak bersetuju bahawa orang Melayu hanya akan mengundi sentimen itu, ia sebenarnya menghina orang Melayu, kita tak bodoh.

"Itu juga yang perlu diterima dan dihalusi oleh parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, jangan melihat orang Melayu bodoh yang terima saja naratif bangsa dan agama," katanya Pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini, malam semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, jika andaian itu diguna pakai Pakatan Harapan, maka langkah untuk mendekati isu orang Melayu juga akan menjadi salah.

"Pandangan bahawa sokongan Melayu ini tetap dengan parti-parti Melayu, pertimbangan orang Melayu itu 100 peratus hanya mengenai perkauman dan agama, itu tak betul," ujarnya.

Rafizi berkata lagi, 40 peratus pengundi Melayu atas pagar kini sedang menilai parti-parti politik di negara ini sebelum membuat keputusan pada PRU14 nanti.

"Sebab itu kita tak boleh melihat isu Melayu ini dari perspektif tradisional parti-parti pembangkang.


"Ini kerana pengundi Melayu yang 40 peratus ini memerlukan naratif baharu, dia ada kecenderungan dan kebimbangan baharu," ujarnya.


Rafizi juga tidak menolak ia menjadi satu peluang besar bagi Pakatan Harapan untuk mencorak kembali arena politik dan tahap sokongan orang Melayu di negara ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Saya melayu atas pagar.
Kali pertama undi umno.
Kali kedua undi pas.
Kali ketiga undi pas.
Kali keempat undi pas.
Kali kelima nak undi Amanah.

Hamba Allah said...

Manusia bangang sahaja yg akan undi amanah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.