Khairy: Tak perlulah sampai rayu Pas
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
menegaskan parti itu tidak perlu sampai hendak merayu kepada Pas untuk
menerima Umno.
Katanya, Umno perlu bergerak dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.
"Lemah sangat kita nak merayu (pada) orang (supaya) ambil kita.
"Kalau orang tak nak kerjasama dengan kita, tak perlulah kita merayu,"
katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco
Pemuda Umno pertama pada tahun ini.
Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian
Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk
tidak menyertai BN atau bersama Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu kerajaan campuran: Kenapa terus bertelagah?]
Syed Ali berkata Umno
sememangnya ikhlas dalam perkara itu dan sepatutnya ia perlu
diperhalusi terlebih dahulu melalui pertemuan atau perbincangan tidak
rasmi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan masa depan
orang Melayu dan Islam.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata,
Umno bersedia berbincang dengan Pas sekiranya ia melibatkan isu-isu
besar yang memerlukan persetujuan kedua-dua parti politik Melayu
terbesar itu.
"Tapi kalau nak merayu mereka supaya ambil kita sebagai kawan dan
sebagainya, tak payahlah. 'We are not that desperate'," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment