Majlis Peguam tiada hak buat semakan kehakiman
KUALA LUMPUR - Majlis Peguam tiada hak untuk memfailkan semakan
kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Kanan, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, semakan kehakiman itu
perlu dilakukan tertuduh dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak
membenarkan pendakwaan awam dilakukan.
"Kerana itulah yang mengganggu budi bicara walaupun oleh Perlembagaan.
Ia beza dari England, kita mempunyai Perlembagaan bertulis.
"Mereka mahu menyingkirkan Peguam Negara berdasarkan keputusan itu.
Jika keputusan itu tidak dibuktikan salah, barulah Peguam Negara boleh
disingkirkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari
ini.
Beliau mengulas tindakan Majlis Peguam pada Isnin yang memfailkan
semakan kehakiman kes Perdana Menteri itu mahu keputusan Peguam Negara
yang 'membersihkan' Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari
lalu diketepikan.
Keputusan memfailkan permohonan itu dibuat berdasarkan pendapat bahawa
kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara Peguam Negara mengikut Artikel
145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak
terbatas.
Pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.
Mengulas lanjut, Majlis Peguam tidak mempunyai fakta penuh mengenai
pendakwaan itu susulan maklumat pendakwaan daripada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya disalurkan kepada Peguam Negara
sahaja.
"Jika mereka tidak mempunyai fakta penuh, bagaimana mereka akan memujuk
mahkamah menyemak semula keputusan Peguam Negara? Ia hanya mustahil.
"Mahkamah boleh mengatakan apa sahaja permohonan yang mereka mahu,
mangsa mesti memulakan, di mahkamah mestilah mangsa. Majlis Peguam bukan
mangsa, jadi mereka tiada locus standi," jelasnya.
Shafee berkata lagi, Majlis Peguam kini dilihat cenderung kepada
politik tertentu dan ia bercanggah dengan etika badan profesional itu
kerana tidak bebas.
"Majlis Peguam hari ini seperti sebuah parti pembangkang. Kami tidak
peduli jika mereka menyokong kerajaan atau pembangkang. Mereka perlulah
tidak berpihak kepada mana-mana pihak," katanya lagi.
2 orang berkata:
christian louboutin shoes
san diego chargers jerseys
ralph lauren outlet
kate spade sale
polo ralph lauren outlet
michael kors outlet
off white shoes
coach outlet
prada shoes outlet
nike soldes femme
air max 270
nike air max 270
fenty puma
tory burch shoes
oakley sunglasses
asics running shoes
michael kors handbags
yeezy boost 350
pure boost
Post a Comment