PARTI PAN INI TELAH KENCINGKAN PAS, WALAUPUN JUMLAH MEREKA TERSANGAT KECIL TAPI SIKAP MEREKA MEMANG SUKA KENCINGKAN ORANG, APABILA MEREKA BERSUARA LUNAK TAPI DISEBALIK LUNAK ITULAH AIR KENCINGNYA BERSEDIA UNTUK DIPANCUTKAN KEPADA SIAPA YANG MEREKA RASA PERLU DIKENCINGKAN. PAS JANGAN LAYAN SANGAT MEREKA INI, IA SANGAT BAHAYA. CUKUPLAH PELAJARAN YANG PAS TERIMA DI SUNGAI BESAR DAN K.KANGSAR, SELAIN MEREKA TINGGALKAN PERJUANGAN - Pak Karamu
Setahun 'bercerai', hubungan Pas - Amanah semakin baik
KUALA LUMPUR - Hubungan politik antara Pas dan Parti Amanah Negara
(Amanah) kini kian bertambah baik selepas setahun penubuhan parti itu.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, pihaknya percaya selepas
hampir setahun penubuhan parti itu, penglibatan Amanah dalam kancah
politik tanah air semakin diterima Pas.
"Hubungan sudah biasa, adalah sikit-sikit kawan dalam Pas sudah banyak
sangat sebelum ini, lepaskan tembakan senapang angin. Nampaknya kini
mereka perlahanlah sikit.
"Saya rasa Insya-ALLAH kita harus jadi parti politik yang betul-betul sivil.
"Saya harap makin baik, kita manusia harus positif, tiadalah sampai
hari kiamat, tidak boleh berbaik, saya rasa itu negatif, saya percaya
mudah-mudahan hubungan ini boleh di perbaiki dari masa ke masa, kita
hormat mereka (Pas) sebagai sebuah parti politik yang sudah lama iaitu
60 tahun lebih bertapak dalam arena politik negara," katanya dalam
sidang medianya di Ibu Pejabat Amanah, di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya walaupun Amanah baru memasuki usia setahun
jagung, beliau percaya Amanah mampu berdiri bersama parti-parti arus
perdana yang lain.
"Kami walaupun baru setahun... tetap merupakan sebuah parti politik
yang tersendiri dan unik kerana kita boleh bekerjasama dengan parti
politik lain di negara ini, selagi mana ia untuk kebaikan dan menentang
kemungkaran," katanya.
Sementara itu ketika menceritakan mengenai pencapaian terbaik Amanah
genap setahun penubuhannya, Anuar berkata, kepelbagaian kaum yang
mendasari perjuangan parti itu merupakan pencapaian terbaik Amanah.
"Secara rasminya menunjukan parti Islam boleh disertai oleh bukan
Islam, ahli kami bukan Islam berada dalam kepimpinan nasional mainkan
peranan yang sama dengan muslim," katanya.
Parti Amanah ditubuhkan 16 September 2015, selepas kumpulan progesif
kalah dalam pemilihan parti ketika Muktamar Pas tahun lepas.
3 orang berkata:
Ya ka.setahu aku puak pan yg gila talak.
Mu hok gilonyo..
Pan dah rasa tak laku...buat iklan la tu nak berbaik konon. Pergi hancurlah...
Post a Comment