Tiada keperluan ganti Wan Azizah
SHAH ALAM – Belum ada keperluan menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang dengan pemimpin
lain.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tiada ada sebarang
perbincangan untuk menjadikan Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin
Yassin sebagai ketua pembangkang yang baharu.
“Kedudukan Wan Azizah dalam Parlimen sebagai ketua pembangkang tidak
perlu diubah. Beliau telah menjalankan tugasnya dan saya merasakan tiada
keperluan menukar ketua pembangkang yang baharu.
“Muhyiddin bagaimanapun boleh memainkan peranannya dalam bidang lain
termasuk politik yang memerlukan pengalaman beliau,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin jadi ketua pembangkang?]
Beliau berkata, sebagai bekas timbalan perdana menteri, pengalaman
politik Muhyiddin boleh digunakan untuk berhadapan dengan BN.
Malah katanya, Amanah juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan parti baharu yang diterajui Muhyiddin itu.
“Sebelum parti ini wujud, Amanah telah pun ada hubungan kerjasama dengan Muhyiddin terutama dalam Deklarasi Rakyat.
“Jadi tidak berbangkit isu untuk menukar ketua pembangkang. Biarlah Wan Azizah menjalankan tugasnya dengan cemerlang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata,
Muhyiddin perlu diterima majoriti parti pembangkang untuk dilantik ketua
pembangkang.
Katanya, bekas timbalan perdana menteri itu juga perlu mempunyai keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang.
“Ketua pembangkang perlu diterima semua parti pembangkang dan mampu
menyatukan. Soal mampu atau tidak, ia perlu dibuktikan," katanya.
Menurutnya, masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Muhyiddin dan
tidak perlu dibandingkan dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Soal kemampuan, saya rasa sesiapa saja yang dipilih, dia akan mampulah sebab dah dipilih.
“Beliau akan diterima jika perjuangannya jelas dan istiqamah,” katanya.
1 orang berkata:
Tak payah berebut la klu setakat ketua pembangkang yg bangang belaka. Buat kalut je. Pakai yg sedia ada.
Post a Comment