Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERAPA PULUH RIBU BERHIMPUN ?


Himpunan bukti negara sedang berubah
Himpunan bukti negara sedang berubah
Peserta berarak dari Jalan Perdana menuju ke Dataran Merdeka kira-kira jam 3 petang. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) yang berlangsung di ibu kota hari ini merupakan bukti negara sedang berubah.

Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Wong Kah Woh berkata, himpunan ini adalah himpunan luar biasa kerana ia anjuran anak muda dan mahasiswa yang mencintai negara ini.

"Kami bangga berdiri di sini dan berhimpun di sini.

Ini bukan himpunan biasa. Ia inisiatif anak muda dan mahasiswa yang cintakan negara.

"Ini perubahan yang kita nantikan. Bersama-sama kita nantikan siasatan dan tangkapan individu yang digelar Malaysian Official 1 (MO1) ini," katanya ketika berucap pada Himpunan #TangkapMO1 di hadapan Masjid Negara, petang ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Sany Hamzan ketika ditemui di lokasi yang sama berkata, sudah sampai masanya rakyat bangkit bersama-sama untuk menyelamatkan negara.

Katanya, langkah pertama yang patut dilakukan rakyat adalah mendesak MO1 ditangkap.
"Rakyat Malaysia bukan rakyat Mongolia. Kami desak Bank Negara dan polis siasat siapa MO1.

"Siasat siapakah MO1 yang didakwa telah ambik duit hasil negara.Harap semua beri sokongan," katanya.

Kira-kira 300 peserta menyertai himpunan #TangkapMO1 di pekarangan Masjid Negara jam 2 petang tadi.

Peserta berarak dari Jalan Perdana menuju ke Dataran Merdeka kira-kira jam 3 petang, sekaligus menyebabkan lalu lintas trafik di Jalan Maharajalela sesak di kedua arah.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tak seorang pun yg berhimpun dpt tangkap mo1. Kena buat report polis jgk nampaknya. Biar polis yg siasat dn tangkap.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.