Kenapa Amanah mahu bertanding 30 kerusi sahaja?
KOTA BHARU – Pas Kelantan mempersoalkan tindakan Amanah yang
membayangkan akan meletakkan calon di 30 kerusi pilihan mereka pada
PRU14 nanti.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, walaupun tiada halangan untuk bertanding, namun Pas tetap
memilih untuk tidak berunding mengenai agihan kerusi di sini.
“Kenapa perlu 30 kerusi? Kenapa tidak ambil 45 kerusi? Apa yang ada
pada 30 kerusi tersebut? Kita tetap dengan pendirian tiada perundingan
mengenai pengagihan kerusi ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah
Kelantan, Muhamad Hussin yang membayangkan Amanah akan meletak calon di
30 kerusi utama di sini pada PRU 14 akan datang, selain turut
memberitahu, parti itu tidak perlu terikat dengan Pas walaupun Pas telah
memberi amaran mengenai perkara tersebut.
Mohd Amar berkata, Pas menghormati amalan demokrasi dan menghormati
undang-undang yang telah ditetapkan untuk memberi peluang kepada
mana-mana parti bertanding pada PRU14 nanti.
“Cuma kita mahu tahu, kenapa 30 kerusi? Banyak sangat ‘hot seat’ (kerusi panas) dia.
"Kita hormat undang-undang, apa yang pastinya, tiada perundingan antara Pas dan mereka,” katanya.
10 orang berkata:
Mungkin Amanah tidak tamak dan hanya bertanding di kawasan yang diyakini menang bukannya bertanding mengikut nafsu. Maklumlah hanya parti nyamuk berbanding parti-parti gajah dan dianasor.
Nwma saja parti Islam. Tapi tak boleh berunding. Memalukan Islam sahaja. Ingat perjanjian hudaibiah macam mana dulu
30 tu kat kelantan aje.
Nak bagi 3 penjuru kat kelantan.
Nak bg nik amar cirit birit
AMANAH masuk calon untuk pastikan PIGS pupus dari kelantan dan selangor. PIGS patutnya buat kerja2 dakwah sahaja sbb bodoh politik.
Klu bole biar nik abduh, nik amar, hadi awang, tn ibrahim, zuhdi, mahpodz, suma kalah dlm pru 14. Aminnn
Pas begabung jadi PIGS.
Kuattttt turrr...
PIS sila bertanding di semua tempat seluruh malaysia, insyaAllah dengan kekuatan bergerak secara bersendirian tak mustahil PIS ada membentuk kerajaan persekutuan. Kalau kalau pun tak mengapa, boleh tubuhkan kerajaan jin, haron din boleh jadi MO1.
PAN dah mula sedar tanpa DAP siapalah mereka!!
Pan perasan kuat la tu. Cakap besar tpi tak ada kemampuan pun. Nak jatuhkan pas spaya umno brkuasa. Ikut telunjuk dap.
true religion outlet
adidas uk
true religion jeans
air jordan 13
beats by dre
canada goose jackets
fitflops sale clearance
michael kors factory outlet
ralph lauren uk
nike air max 90
chanyuan0927
Post a Comment