Pemuda Pas kunjungi Keon
SHAH ALAM - Kejayaan pelumba Malaysia Moto3 Honda, Khairul Idham Pawi
dalam kejohanan yang berlangsung di Argentina dan Jerman baru-baru ini
pastinya telah membuka mata masyarakat negara ini.
Terbaru, Khairul Idham atau lebih mesra dikenali sebagai Keon turut
menerima kunjungan daripada Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik
Abdul Aziz di kediaman keluarganya bersama beberapa pimpinan parti itu
untuk menghargai kejayaan anak muda tersebut.
Antara pemimpin yang turut serta adalah Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia,
Ir Khairil Nizam Khairuddin, Exco Pemuda Pas, Hafez Sabri, Ketua Pemuda
Pas Perak, Akmal Kamarudin,Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Pasir Salak,
Mustafa Shaari serta beberapa pimpinan pemuda kawasan setempat.
Dalam pertemuan itu, Nik Abduh turut memberi nasihat kepada Khairul
Idham agar tidak mengubah prinsip dan mengawal hati walaupun berada di
tempat yang dikelilingi suasana berbeza agama.
“Apabila Idham mengelak daripada di sembur dengan arak, itu sudah mencukupi menggambarkan satu mesej yang besar untuk Islam.
"Tindakan itu, berbeza kerana dalam sukan permotoran tidak dapat lari
dari perempuan dan arak namun Idham berjaya menunjukkan akhlak Islam
yang baik," katanya seperti dipetik dalam laman Facebook DPP Malaysia.
0 orang berkata:
Post a Comment