Cukup-cukuplah hina agama
SHAH ALAM - Pemuda Pas Perak memandang serius di atas penghinaan demi
penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama
kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam.
"Malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang.
"Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam khususnya di Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya mendesak kerajaan agar menangani penyebaran
fikrah songsang yang dikatakan semakin serius sejak akhir ini.
"Kami sedia bersemuka dengan pihak berkenaan bagi merungkai segala kekusutan.
"Malahan kami juga sedia untuk berdialog, diskusi dan bertemu mana-mana
pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang Islam juga perjuangan
Pas," tegasnya.
Dalam pada itu, Mohd Akmal turut menyeru kepada semua pihak supaya berani membela Islam.
Mohd Akmal dalam masa yang sama turut mengingatkan seluruh umat Islam untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam.
"Terapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran,
politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina
Malaysia yang sejahtera," katanya lagi.
2 orang berkata:
Betul ke dengar cerita pak lebai pas mentekedarah duit haram 90juta? Bila nak saman sarawak report?
Ada sebuah parti yg telah berjaya 'menaikkan' nama Islam dgn menurut apa sahaja kehendak harbi hatta jika terpaksa menyokong aktiviti murtad sekalipun. Pada mereka rahmatallilalamin adalah pabila berjaya menyokong LGBT dan Pesta Arak spt Octoberfest dan spt ketika meraikan kemenangan parti 'islam'.
Pada mereka juga, Islam yg sebenar ialah yg terhad kpd membaca doa ketika majlis rasmi golongan harbi dan golongan murtad serta golongan fasik sahaja. Dgn erti kata lain golongan2 ini perlu lebih diutamakan dari perjuangan hukum hakam Allah Taala.
Dan jika ada golongan lain yg mahu mengikuti ajaran alQuran dan asSunnah, sbg contoh jika ingin melaksanakan hudud atau menentang kemungkaran spt LGBT, ianya adalah dianggap sebagai telah menjual agama.
Sekianlah mereka seadanya!
Mujurlah saya tidak mendedahkan nama mana2 pihak melalui tulisan saya di atas! Mohon tidak terasa oleh mana2 pihak!
Post a Comment