'Baliklah Jho Low, jangan malu-malu'
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini
menyindir ahli perniagaan, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar pulang ke Malaysia.
Menurut Tuan Ibrahim, Jho Low akan selamat di Malaysia malah kepulangannya itu nanti akan dirai.
“Tiada tempat yang lebih selamat bagi Jho Low, yang kini disebut-sebut
di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai
kekayaannya dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.
“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah
akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek
seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
[ARTIKEL BERKAITAN: DOJ: Peguam Negara akan hantar wakil bertindak]
Baru-baru ini, Jho Low dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan
Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai antara individu yang
didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB.
Malah kata Tuan Ibrahim, dengan penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, kelegaan Jho Low bertambah lagi.
“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di
Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam
negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi dan Malaysia Official 1 pun
boleh asa lega kerana anda tidak direman di mana-mana negara.
“Kini, lega Jho Low boleh bertambah malah dia boleh rasa lebih selamat
kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan,”
katanya.
Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi
penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi
berkaitan keselamatan, telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember
2015 sebelum diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan
diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.
0 orang berkata:
Post a Comment