Siasat FB Global Bersih
KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan
polis supaya siasat akaun Facebook (FB) Global Bersih yang mengajak
golongan belia dan mahasiswa menyertai satu perhimpunan awam pada 27
Ogos ini.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, kira-kira
jam 11.30 pagi oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
(MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gegas, Ikhlas,
Kipidap, ARC dan Mam’s.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, laporan polis itu dibuat
supaya pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) menyiasat kesahihan akaun tersebut, seterusnya mengambil
tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan berkenaan.
Menurutnya, penganjuran perhimpunan itu dikatakan untuk mendesak rakyat
menyokong tindakan menangkap individu dikaitkan dengan Malaysia
Official No 1 (#MO1).
"Tindakan mempromosikan perhimpunan ini dengan mengajak mahasiswa berhimpun tidak wajar dan perlu dihentikan," katanya.
Difahamkan, perhimpunan itu akan diadakan pada 27 Ogos ini, dengan
mengajak mahasiswa berhimpun di ibu negara, termasuk di Sogo, Jalan Raja
Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
2 orang berkata:
Mengapa libatkan pelajar? Biarlah mereka teruskan belajar dulu.
www0518
ugg outlet
magic jerseys
world cup jerseys
cheap football shirts
coach outlet online
nike store uk
nike store
cleveland cavaliers jersey
polo ralph lauren
hawks jerseys
Post a Comment