Ya kami tewas tapi apa yang kamu ada?
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
berkata, walaupun ada pihak yang gembira dengan kekalahan Johor Darul
Ta’azim (JDT) ke atas Perak, namun pasukannya itu telah memperoleh dua
trofi dalam simpanan sendiri.
Tunku Ismail berkata, kejayaan kelab bola sepak tidak diukur
berdasarkan kemenangan atau kekalahan dalam sesuatu perlawanan tetapi
melalui kemajuan pasukan seperti memenangi piala, kekuatan kewangan
serta pencapaian secara keseluruhan.
“Ini caranya kita menilai kejayaan. Walaupun anda begitu gembira kerana
JDT tewas 3-0 dalam saingan Piala Malaysia, tidakkah anda sedar bahawa
kami sudah memiliki dua trofi dalam simpanan kami untuk tahun ini?
“Walaupun ramai gembira kerana JDT tewas 3-0, di manakah kedudukan anda
dalam liga?,” soalnya menerusi kemas kini status di laman sosial Johor
Southern Tiger hari ini.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, walaupun ada pihak berharap agar
JDT tewas dalam persaingan liga tahun ini, kelab ini sudah pun berada
dalam pertandingan AFC tahun hadapan berikutan kejayaan memenangi Piala
FA.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya juga dijemput ke
Sepanyol bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dunia Bola Sepak manakala
jurulatihnya, Mario Gomez juga dijemput ke China untuk menyertai Bengkel
Kejurulatihan yang khusus buat barisan jurulatih terkemuka di Asia.
“Pencapaian bagi kami adalah mencipta sejarah. Pencapaian bagi anda adalah menewaskan kami.
“Kami bermain dalam empat pertandingan dan hanya tewas dua kali. Jadi
beritahu saya jika ini adalah kelab yang terbaik di negara ini atau
tidak,” katanya.
Sehubungan itu, Tunku Ismail turut mengingatkan pengendali laman web
bola sepak tempatan yang menulis laporan negatif mengenai JDT bahawa
tindakan sedemikian tidak akan membuat kelab berkenaan berhenti daripada
berkembang.
“Semasa anda sibuk menulis dan menghantar komen menghina di internet, kami sedang menikmati kehidupan.
"Sementara anda berdoa agar JDT tewas dalam liga tahun ini, kami
sudahpun berada dalam pertandingan AFC tahun kerana JDT telah memenangi
Piala FA. Sekiranya anda menyatakan bahawa JDT memenangi Piala AFC
secara 'menang nasib'. AFC sebaliknya iaitu mengiktiraf kejayaan JDT.
“Kami diberkati dengan rezeki yang ALLAH kurniakan dan berada pada
kedudukan untuk melihat serta merasai sesuatu yang anda tidak akan dapat
lihat atau rasa,” katanya.
Sebelum ini, Perak berjaya menumpaskan JDT 3-0 dalam kempen Kumpulan C, Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Ipoh.
2 orang berkata:
Adat bersukan.. terimalah keputusan dengan hati terbuka..
Yang sensitif nape
Badan bosar tolo kocik
Post a Comment