PKR mahu Ku Nan, Datuk Bandar KL isytihar harta
SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz digesa
untuk mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dengan kadar segera.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu dapat
menjadi contoh kepada pegawai-pegawai organisasi terlibat di samping
sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan dan urus tadbir yang
baik.
“Sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan dan urus tadbir yang
baik di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL), saya menggesa mereka untuk mengisytiharkan harta masing-masing
kepada rakyat di negara ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengisytiharan harta pegawai Kementerian WP diteliti]
Sebelum ini, Tengku Adnan memaklumkan bahawa setiap jabatan di bawah
kementeriannya telah diarahkan untuk meneliti semula pengisytiharan
harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.
Fahmi berkata, pihaknya menyambut baik tindakan Tengku Adnan tersebut
dan proses penelitian semula itu perlu dibuat dari masa ke semasa.
“Pihak seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pernah
membangkitkan keperluan mengkaji semula sistem pengisytiharan harta
bukan sahaja untuk menteri malah juga pegawai kerajaan namun tidak pasti
sama ada idea mereka diterima atau diamalkan oleh pihak
berkenaan,”katanya.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman
seorang pegawai tinggi DBKL bergelar ‘Datuk Seri’ selama tujuh hari
bermula hari yang sama bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 bagi kesalahan rasuah dan Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram 2001.
1 orang berkata:
More Help replica ysl see post replica gucci bags click here now designer replica luggage
Post a Comment