Cikgu naik troli untuk lepas tekanan
SHAH ALAM - Tugas sebagai guru adalah sangat mulia dan berjasa kerana
mereka bertanggungjawab mendidik generasi muda untuk berjaya pada masa
hadapan.
Namun begitu, hakikatnya, kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar
memandangkan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar malah turut
terikat dengan beberapa komitmen lain di sekolah.
Disebabkan itu, ada kalanya guru juga turut merasai tekanan disebabkan
oleh pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk
mencurahkan ilmu kepada murid-murid.
Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, para guru turut mempunyai cara
tersendiri bagi melepaskan tekanan mereka sama seperti manusia lain.
Terbaru, gambar gelagat seorang guru yang sedang menaiki troli di
hadapan kelas sebuah sekolah mula tersebar dan menjadi viral di beberapa
laman sosial serta blog tempatan.
Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook milik Cikgu Asmadi
Samad, guru tersebut dilihat mempunyai cara tersendiri bagi
menghilangkan tekanan yang dihadapinya selepas sesi persekolahan.
Selain daripada itu, tindakan guru tersebut turut mendapat komen yang positif daripada para netizen.
Seorang pengguna akaun bernama Azizah Speak berkata, “Biarlah cikgu
main seorang, kalau ada anak murid malulah dia. Lepaskan gian main
troli,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Pilus Piluz berkata,
“Hanya seorang guru faham beratnya tugas sebagai guru pada zaman ini,”
tulisnya.
0 orang berkata:
Post a Comment