#TangkapMO1: Ambil tindakan mahasiswa terlibat
SHAH ALAM – Pihak universiti dan penaja perlu memandang serius serta
mengambil tindakan sewajarnya ke atas mahasiswa yang terlibat dalam
Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) berlangsung di ibu
kota, semalam.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, mahasiswa perlu
memanfaatkan peluang belajar di universiti awam memandangkan kerajaan
telah membelanjakan purata sebanyak RM18,000 setahun untuk setiap
pelajar.
“Tidak salah bagi mahasiswa mengambil tahu tentang isu politik negara
tetapi mereka perlu elakkan diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak
yang bijak mengambil kesempatan dengan memanipulasi penglibatan para
pelajar dalam isu-isu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung semalam dianjurkan bagi membawa
mesej bahawa anak muda mahukan perubahan dalam urus tadbir negara.
Dalam pada itu, Jamawi memaklumkan bahawa mahasiswa perlu memberikan
penumpuan kepada pelajaran dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar
bagi menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya dan bukannya
memberontak serta menyertai aktiviti-aktiviti melanggar etika.
“Saya berasa sedih dan kasihan dengan tindakan sekumpulan mahasiswa dan
belia yang menggelar diri sebagai ‘Gabungan #TangkapMO1’.
“Daripada ucapan-ucapan yang diberikan jelas menunjukkan mahasiswa
terlibat hanya berpandukan kepada laporan sebelah pihak sahaja dan saya
lihat ia mempunyai agenda tertentu,”katanya.
Tambah beliau, sebelum ini, pimpinan negara dan juga pihak 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) telah pun membuat menjawab dan membuat
pencerahan mengenai isu berkenaan.
3 orang berkata:
Uni tu bukan bapak jamavii punyer
Kalo umno buat tak apa
Boleh je
Kalau demo tu anjuran ameno, tiada masalah. Masalahnya ia anjuran NGO. Kita kena faham. Negara ni bapak dia punya. Dia boleh buat apa dia suka. Rakyat tiada hak bersuara. Sebab rakyat adalah hamba tebusan. Org ameno ni lupa mana asal dia org. Pada hal moyang dia org dulu datang dari seberang jugak...
Post a Comment