Terlalu awal tentukan nasib parti baharu
SHAH ALAM - Penganalisis menjangkakan terlalu awal untuk menentukan
potensi parti baharu yang bakal ditubuhkan di Sabah oleh Naib Presiden
Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof
Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun pelbagai ura-ura mengaitkan
ramai di kalangan ahli Umno bertindak keluar parti bagi memberi sokongan
terhadap parti Ahli Parlimen Sempoerna itu, ia boleh dikatakan sebagai
gimik politik.
“Parti ini belum pun ditubuhkan. Kita tunggu dan lihat perkembangannya.
Jika dibuktikan ada sokongan di kalangan ahli Umno sendiri, Umno
berkemungkinan akan tergugat,” katanya mengulas penubuhan parti baharu
oleh Mohd Shafie yang dilaporkan akan dilancar pada bila-bila masa.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat menjangkakan penubuhan parti
baharu itu hanya akan mewujudkan perpecahan dalam Umno.
Ini kerana katanya, pengaruh Mohd Shafie sebagai orang kuat pemimpin Umno di Sabah sudah tentu memainkan peranan penting.
“Bagi ahli yang merasakan parti tidak lagi menepati cita rasa mereka,
sudah tentu akan bersama-sama dalam perjuangan parti baru itu. Ini akan
menyebabkan perpecahan dalam Umno,” katanya.
1 orang berkata:
zzzzz2018.8.15
coach outlet online
oakley sunglasses wholesale
mulberry uk
louboutin shoes
ralph lauren uk
true religion jeans
prada outlet
pandora
chrome hearts
canada goose outlet
Post a Comment