Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK TENGOK AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN DI NOBATKAN

Sultan Muhammad V junjung tinggi Islam, muliakan ilmuan
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V


KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V ialah seorang raja yang menjunjung tinggi agama Islam dengan menitik beratkan pematuhan ajaran Islam di dalam pentadbiran negeri dan dalam kehidupan baginda, selain daripada memuliakan ilmuan agama.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, baginda sering merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan hukum-hakam Islam.

"Sebagai contoh dalam hal berkaitan undang-undang hiburan di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam. Sebarang pertunjukan, permainan, hiburan tidak boleh diadakan pada malam Jumaat.

"Tapi jika masyarakat Cina nak adakan (hiburan) pada malam Jumaat, maka mereka akan memohon kepada Sultan Muhammad V dan baginda tidak terus memberi kebenaran melainkan sesudah mendapat pandangan daripada Jabatan Mufti," katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Bernama News Channel (BNC) di pejabatnya di Balai Islam Lundang di sini.

Selain itu, Mohamad Shukri berkata, Sultan Muhammad V turut memuliakan golongan ilmuan agama seperti mudir dan pengetua sekolah pondok dengan memberi mereka darjah kebesaran dan pingat pada setiap kali sambutan hari keputeraan baginda.

"Malah, ketika ada kelapangan, baginda kadang-kadang akan mengadakan santapan tengah hari di pondok-pondok agama (bagi mendekatkan diri dengan golongan cerdik pandai agama), dan saya melihat, sepanjang saya menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan, tidak diterima baginda," katanya.

Ditanya mengenai keperibadian Sultan Muhammad V, Mohamad Shukri berkata, beliau mula mengenali Sultan Kelantan itu sejak baginda berusia 17 tahun lagi.

"Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.

Selain menjemput beberapa penceramah seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Mohd Noor Ibrahim, Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob dan saya sendiri, baginda akan memastikan setiap kakitangan di istana untuk turut serta dalam majlis ilmu berkenaan yang sering kali berakhir dengan jamuan ringan selepas solat Isyak," katanya.

Beliau berkata dari segi keilmuan pula, Sultan Muhammad V menjemput seorang guru al-Quran khas untuk menemani baginda di sepanjang perjalanannya termasuk ketika berkunjung ke Eropah bagi memastikan baginda tidak terlepas untuk solat berjemaah.

"Baginda juga sering mengajak saya untuk menunaikan umrah terutama pada 10 hari terakhir Ramadan dan acap kali baginda menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

"Baginda turut menghantar sekumpulan lima hingga enam rakyatnya untuk menunaikan haji pada setiap tahun dengan pembiayaan baginda sendiri, malah turut membina Masjid Al-Ismaili di Pasir Pekan, Tumpat dan diwakafkan untuk ayahandanya Sultan Ismail Petra," katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi kebiasaan Sultan Muhammad V berangkat menghadiri program berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat di serata negeri.

"Baginda juga pakar dalam penyembelihan lembu korban dan akan menyembelih sendiri lembu korban apabila tibanya Hari Raya Aidiladha, malah turut mengagihkan lembu-lembu korban ke beberapa kawasan di negeri ini sebagai sedekah," katanya.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, Sultan Muhammad V juga sangat mengambil berat terhadap setiap undang-undang Islam yang digubal di Kelantan.  
  
Bercakap kepada Bernama dan BNC dalam satu temu bual di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu di Tunjong di sini, Daud berkata baginda pernah bertitah setiap undang-undang yang ingin dilaksanakan di Mahkamah Syariah ini perlu dibentangkan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terlebih dahulu.

Setelah mendapat kelulusan daripada agensi itu, baharulah dibentangkan kepada kerajaan negeri dan seterusnya rang undang-undang itu dibentang, dibahas dan diluluskan pada persidangan Dun.

Daud berkata, Sultan Muhammad juga sangat mengambil berat mengenai sebarang kekurangan dalam menguatkuasakan Undang-undang Syariah di Kelantan.

"Baginda sering bertanya sama ada kedudukan mahkamah sempurna atau masih ada lagi kekurangan, begitu juga pegawai-pegawai, hakim-hakim yang bertugas di Mahkamah Syariah masih mencukupi atau tidak.

"Baginda memang sangat mengambil berat. Setiap kali saya menghadap baginda, memang perkara utama yang diminta penjelasan adalah perjalanan di Mahkamah Syariah. Baginda juga sangat berminat dalam hal-hal berkaitan agama," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih....




















 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.