Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG DIPERTUAN AGONG YANG BARU

Sultan Kelantan diisytihar Yang Di-Pertuan Agong ke-15 esok

Sultan Kelantan diisytihar Yang Di-Pertuan Agong ke-15 esok
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara esok. - fotoBERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri Datin Seri Raya Erom.

Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan esok ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula esok.
 
Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka Baginda akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia. - BERNAMA

1 orang berkata:

Anonymous said...

Duit tinggal rm45 sbb tadi beli CD ceramah tuan guru presiden di marang. Mudah-mudahan dapat pahala berganda. Gaji setengah bulan lagi. Nak Pinjam isteri nanti marah pula.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.