Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN

Bersatu teruskan rundingan dengan Pas
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih meneruskan rundingan bersama Pas sehingga satu tempoh peringkat masa bagi memastikan parti Islam itu dapat bersama-sama pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah memulakan perbincangan dengan Pas sebelum mesyuarat berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan berlangsung dan usaha bagi rundingan tersebut akan diteruskan selepas ini.

“Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan Pakatan Harapan berhubung rundingan dengan Pas yang telah dimulakan sebelum mesyuarat berhubung kerjasama ini berlangsung.

“Dan menerusi perbincangan itu, kita (Bersatu) masih boleh meneruskan pertemuan dan perbincangan dengan Pas sehingga satu peringkat masa,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa parti itu masih berada dalam peringkat perbincangan berhubung kerjasama dengan Bersatu selepas ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa positif bahawa rundingan Bersatu dan Pas akan memberi implikasi baik buat pembangkang.

“Walaupun di luar perbincangan, beliau (Tuan Ibrahim) seolah telah menolak kerjasama tersebut, namun kita percaya keputusan yang terhasil di meja rundingan akan memberikan keputusan positif

"Lagipun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Pas untuk menolak rundingan ini,”katanya.

Menyentuh mengenai pembahagian kerusi, Muhyiddin memaklumkan bahawa sebagai pendatang baru, Bersatu mengharapkan parti dalam Pakatan Harapan dapat menyumbangkan kerusi bagi memberi ruang untuk mereka bertanding.

Tambahnya, perbincangan-perbincangan berhubung perkara itu akan diteruskan selepas ini dan semua pihak perlu maufakat dalam dalam apa jua keadaan.

“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian itu, kita akan adakan rundingan lagi selepas ini dan jawatankuasa teknikal juga akan dibentuk.

“Perkara asas yang kita persetujui adalah keboleh menangan dan jika itu dapat dijadikan asas, kami mengharapkan akan sampai di satu tahap di mana semua pihak akan berpuas hati,” katanya.

22 orang berkata:

Anonymous said...

Dimana ada ruang, disitu ada peluang. Bersatu teguh bercerai roboh.

Anonymous said...

Tinggalkan saja hadi, idris, amar, jerman dan abdoh. Marilah bersatu tumbangkan bn dlm pru14. Peluang tidak datang selalu.

Anonymous said...

Pilihan di tangan pakkaramu.
Tumbangkan bn atau tumbang di kelantan. Sayang hadi atau sayang kelantan?

Anonymous said...

Buat apa kalau hadi sorang je menang di terengganu tapi di tempat lain wakil2 pakkaramu semua kalah teruk?

Mana wakil pakkaramu boleh menang kalau cina india 99% undi ph dan melayu 33% undi ph. Melayu dah pecah jadi 6. 4 undi ph. 1 undi umno dan hanya 1 undi pas. Org mabuk pil kuda pun tau pas akan kalah. Lainlah kalau penganut pas taat perintah Allah mcm tentera perang badar....la ni dah byk yg kaki cilok dan maki hamun. Camne Allah nak tolong.

Aku pun rasa2nya tak undi pas lagi kot.

Anonymous said...

Jom la pakkaramu. Mari kita berubah. Rakyat miskin perlukan org tua bangka mcm pakkaramu. Sampai bila nak bangga jadi pembangkang. Tak kan sampai mati pon masih jadi pembangkang. Kang mati mata tak katup kang....

Anonymous said...

Bersatu menyembah dap tentu akan roboh.ada nak buat islampun nak kena sembah dap.malangnya lah husam dgn anak buahnya yg penuh dgn angan mat jenin

Anonymous said...

Allah kata ambil islam keseluruhan tp geng hingus oren ambik islam yg disuka dap saja.bila pas nak buat hudud kata politik padahal sendiri ingin menikus pd dap.Sekarangpun Tuhan dah tunjuk terpaksa jd kucing kurap berkubang dlm kolam tahi dap semata kerana harapkan kerusi.jika tidak kenapa sangup mengaku jd barua segala.hari tu tuduh org fitnah sekarang semdiripun sudH mengaku.hulunalang dap tu sama taraf dgn barua.dap x bleh difitnah org lain boleh pula

Anonymous said...

Bila org lain semua politik ,tak iklas,kutuk padan la bila time usul rohinya tak ada org sokong.orgpun ingat politik juga.sendiri kata sendiri yg kena.lg nak salahkan pas juga

Anonymous said...

Bang, tak payah susah2 explain kat pak karamu ni. Dia buta perut, akal pun sejengkal jer. Dia wala' pada hadi jer. Hitam kata hadi, hitam la pak karamu. Dia takut tak masuk syurga kalau lawan cakap hadi tuu.

Anonymous said...

Pengkianat sesuai la taraf jd hulubalang@barua sj.semua kerusi nanti didapat oleh geng bunga teflesia.geng hingus oren jd makanan depa sj la.dapat jd hulubalangpun dah cukup bagus kata sabut,mujahat n kusam dr tak dpt jd apa langsung.itu yg cepat cepat buat pengakuan

Anonymous said...

Takbirrrrr! Semilanplohjuta.. semilanplohjuta ..semilanplohjutaaaaaa

Anonymous said...

Sabut n mujahat jd hulubalang dipenang takut hilang sbbnya tgok fitnah 1 rafizi n geng fitnah vs khalid n pas.keputusan nuar masuk penjara.fitnah 2 pan vs pas.ug dgn umno.keputusan penang hilang.itu blum dikira dgn doa org kg melayu yg dihalau dr kg mereka.kalau nak kekalkan kg tu tentu boleh usahA.kata kaya raya n hebat sgt itupun nak berkira.mentang le kg melayu.bila dikata rasis anti islam kata org fitnah sudah yindakanpun begitu juga tengok belum nak buat hudud lg dah meroyan separuh gila masing masing.sekurangnya org asli masih ada kg.siapa yg lebih aniaya sekarang
Siapa nak banglo diskaun x ada kolam renang tp kena jd ketua menteri dulu mari bersama kuali mengoreng utk dap.goreng sampai hangus

Anonymous said...

Jaga jaga reflesia tua mungkin akan menelan semua dgn usaha liciknya.selamat pas sudah tak campur.barangkali tun mat sudah tak begitu hebat lg utk jatuhkan najib sampai perlu menelan ludah semula dgn bergabung dgn dap.

Anonymous said...

Pas menyembah mca, mic dan gerakan. Hadi dan anak didiknya akan jadi mat jenin menyembah bumi.

Anonymous said...

Ambik islam memang betul. Tapi lebai ko dah ambil balak dan duit cikgu skolah agama. Aku malu la kat dap sbb lebai aku perangai cam tu

Anonymous said...

Usul rohingya tak nak sokong.
Ambik duit cikgu yik sokong pulak. Jual balak sampai botak sokong jugak.

Nak salahkan pan jugak?

Anonymous said...

Tak sokong usul rohingya sbb pas ada agenda politik. Nak mintak ahli umno sokong pas.

Anonymous said...

Elehhhhh....aku kalu nak maki lebai2 ko tu, macam2 nama lebih teruk aku boleh bubuh. Nak maki mak bapak mcm ko buat pun boleh. Tapi aku tak buat kerja2 mcm ko tu.

Fakta:
1.siapa nama lebai yg suruh sondol duit cikgu yik tu?

Anonymous said...

Sapa arah ambik duit cikgu yik?
Sapa arah jual balak hutan simpan?
Sapa nak minum air teh tarik free?
Di negeri pemerintahan siapa kita boleh mandi air campur lumpur sebagai kaedah perubatan?

Anonymous said...

Bersangka baik. Mungkin dia dah taubat nasuha. Yg ambik duit cikgu tu bila nak taubat? Nak taubat kena pulang dulu 14 juta tu. Dah langsai?? Jgn pulak bila pan perintah besok, pan pulak kena bayar...

Anonymous said...

Yg tinggal dlm Pas skrg hanya walaun2 biol. Mrk berfikir guna siku dan lutut.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih....




















 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.