Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK JAHILIYAH AGAMA

Pas tak wajar jadikan agama sebagai alasan
Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari
 
SHAH ALAM - Pas perlu realistik sebagai parti politik agar dasar dan ideologi dapat diselaraskan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP,  Zairil Khir Johari berkata, parti politik yang berlandaskan prinsip agama tidak mendatangkan masalah, namun tidak perlu mempergunakan agama untuk keuntungan politik.

"Perkara itu yang kita nak bezakan. Apabila tindakan tidak konsisten dilakukan, agama digunakan sebagai alasan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beberapa hari lalu, Zairil melalui blognya, mempertikaikan kewajaran Pas untuk terus berada dalam politik negara sekiranya parti itu lebih berminat bercakap mengenai keredaan ALLAH berbanding strategi untuk menang dalam pilihan raya.

Menurut Zairil, tulisan itu adalah lebih kepada menyatakan hasratnya, persoalan sama ada Pas serius dalam politik atau sekadar ingin berdakwah.

"Tak salah nak berdakwah, selalunya, matlamat kita mencari kemenangan. Dalam politik pun sama, kalau tak menang macam mana nak ubah dasar dan selaraskan ideologi dengan polisi?" katanya lagi.

Katanya, beliau juga menimbulkan hipokrasi atau dwi-standard yang jelas tentang kenyataan Pas sebelum ini yang menegaskan tidak akan berganding dengan parti sekular dan sebagainya, namun Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP selama 10 tahun.

"Ketika hayatnya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkali-kali mempertahankan kerjasama dengan DAP, kini setelah pemergiannya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menentang keras permuafakatan dengan DAP kononnya atas alasan prinsip.

"Apakah prinsipnya berbeza dengan Nik Aziz? Atau soalan yang lebih tepat, siapa sebenarnya yang lebih mengutamakan permainan politik berbanding prinsip? Kata berprinsip, tapi lidah bercabang? Itu bukan agama itu politik,"katanya.

Tambah Zairil, tidak salah untuk bertukar rakan kongsi salam politik kerana semua itu lumrah.

"Namun jangan pula campur adukkan kononnya prinsip agama dan sebagainya. Ia nya berbeza antara perjuangan politik dgn perjuangan agama," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Nik Aziz bekerjasama dgn dap. Hj Hadi tak nak kerjasama dgn dap. Jadi, siapa antara keduanya itu yg betul dan yang salah?

Anonymous said...

Dulu tak nak kerjasama dgn umno. Skang nak kerjasama dgn umno. Mana yg betul tu, dulu is skang??

Anonymous said...

Entah la.
Pening.

Anonymous said...

Tak tau la.
Pening.

Anonymous said...

Dulu naik proton, sekarang naik Rover. Dulu duduk rumah, sekarang duduk khemah.

Anonymous said...

Skarang pas perintah, besok BN perintah. Sekarang hidup susah, besok hidup senang.


Undilah BN

Anonymous said...

Orang jahil agama sahaja yang percaya dan walak pada kenyataan palsu bahawa no keahlian parti boleh jadi tiket masuk syurga.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.