SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjangkakan lebih ramai

pemimpin pertengahan yang berjiwa reformasi dan pro-perubahan seperti Datuk 
Saifuddin Abdullah akan meninggalkan Umno dan BN menjelang PRU14 akan datang.

Beliau berkata, pemimpin Umno yang mempunyai pendirian seperti timbalan menteri
pelajaran tinggi itu bakal mengikut jejak Saifuddin tidak lama lagi kerana krisis personaliti

 yang ditinggalkan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam parti Melayu itu.


"Orang seperti Zam sendiri, mereka bukan masalah dengan Najib, bukan sangat soal

 perubahan idea reformasi, ia lebih kepada soal personaliti. Mereka masih mempercayai

 undang-undang daripada penjajah, berbeza dengan Datuk Saifuddin yang konsisten.


"Saya rasa lebih ramai pimpinan pertengahan Umno atau pimpinan bukan kerajaan

 (kabinet) yang akan keluar (Umno). Saya tak yakin pimpinan Umno dalam kerajaan 
ini akan keluar kerana saya tak nampak seorang pun yang lantang menyuarakan



perubahan seperti mana Datuk Saifuddin sebelum ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.






Beliau mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan bekas Menteri

 Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menjangkakan lebih ramai ahli
 Umno akan menjejaki langkah Saifuddin meninggalkan parti itu kerana tidak

 mahu 'karam' bersama Najib.


Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana Perdana

 Menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu termasuk isu
 sekolah satu aliran dan perhimpunan baju merah
.