H60K: Semangat Fastaqim perlu diteruskan
SHAH ALAM - Himpunan Fastaqim (H60K) yang berakhir kelmarin berjaya
mencetuskan semangat juang dan menjalin ukhuwah bersama ahli Pas.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, momentum kebangkitan
dan semangat yang menyemarakkan melalui Himpunan Fastaqim ini perlu
diteruskan dan tidak terhenti begitu sahaja.
“Fokus dan kawal emosi untuk menumpukan perhatian pada gerak kerja turun
padang. Usah peduli lagi pada kemuncup perjuangan ini. Juga jangan
terpengaruh dengan provokasi musuh.
“Kita punya agenda besar untuk jayakan gerakan perubahan ke arah
pembentukan sebuah masyarakat dan negara yang terlaksana di dalamnya
nilai dan hukum-hakam yang diredai oleh ALLAH,” katanya dalam satu
kenyataan, semalam.
Menurutnya, tindakan strategik dan aktiviti akan dirancang untuk
memanfaatkan segala semangat dan kebangkitan yang telah digembleng
melalui himpunan itu.
“Kami akan memantapkan usrah di setiap cawangan, menggiatkan
aktiviti kebajikan masyarakat, menambah ahli baharu, program
pengukuhan fikrah dan aqidah, mengaktifkan aktiviti Amal Islami
dan bina generasi pelapis.
“Selain itu, kami akan menumpukan kepada aspek teknikal dan taktikal
pilihan raya, menyiapkan kepimpinan negara masa depan dan
pertahankan prinsip perjuangan,” katanya
.

0 orang berkata:
Post a Comment