SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan ada cubaan memfitnah
 parti itu melalui penyebaran SMS palsu serta pemasangan
 kain rentang yang mengandungi mesej serupa di tepi jalan 
utama di Kelantan.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad
 Hashim berkata, sebaran SMS palsu itu didakwa datang
 daripada nombor telefon Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala 
Terengganu, Wan Sukairi Abdullah.‎

Namun Wan Sukairi telah menafikan perkara itu dan laporan
 polis akan segera dilakukan.

“Kedua-dua SMS dan kain rentang ini mempunyai unsur
 hasutan kebencian dan ancaman perang serta mesej 
perkauman dan sentimen ekstrem permusuhan agama.
“SMS palsu ini nyata bertujuan membentuk pandangan 

nta pandangan dan sokongan oleh
 rakyat hatta oleh NGO-NGO yang pernah paling
 keras sikap permusuhannya dan paling setia kepada
 Umno sebelum ini seperti Perkasa,” katanya.

“Yang nyata budiman ketika ini adalah Pas yang 
terus beristiqamah melapangkan dada menerima 
kunjungan sesiapa sahaja yang mahu berbincang tentang
 kepentingan rakyat dan negara kecuali yang nyata khianatnya
 kepada Pas,” katanya
.