H60K: Penyokong Pas mula membanjiri stadium
KOTA BHARU - Stadium Sultan Muhammad IV dibanjiri ribuan penyokong
tegar Pas dari seluruh negara yang berpakaian t-shirt hijau bagi menyertai
Himpunan Fastaqim (H60K) dan Munajat Perdana di Stadium Muhammad IV.
Sebelum majlis bermula jam empat petang penyokong yang hadir
mengambil peluang berehat di kaki lima selain membeli barangan
di gerai-gerai yang tersedia.
Ternyata Pas masih mempunyai sokongan padu dari penyokongnya dari
pelbagai golongan usia dan mereka juga begitu bersemangat menyertai
himpunan julung kali diadakan ini.
Setelah hampir sebulan diwar-warkan melalui kempen dan sosial media,
Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) berlangsung jua hari ini di Stadium
Sultan Muhammad ke IV.
Sejak Khamis lalu, ribuan anak-anak muda Pas seluruh pelosok negeri
masing-masing mula membanjiri bandar Kota Bharu dengan memakai
baju berwarna hijau dan memandu motosikal masing-masing untuk hadir
memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.
Selain itu, mereka juga turut hadir memberi sokongan kepada beberapa
program lain yang turut diadakan di sini walaupun keadaan cuaca tidak
menentu di negeri Cik Siti Wan Kembang kini. Perkara tersebut tidak
langsung mematahkan semangat anak-anak muda ini meneruskan
pelbagai program yang telah dirancang bersama mereka.
Beberapa jalan utama menuju ke perkarangan Stadium sudah mula sesak
sejak dua jam lalu sebelum majlis yang dijangkakan bermula jam 3 petang
itu berlangsung.
Kebanyakan anak-anak muda tersebut memulakan perjalanan dari Pusat
Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) dan seterusnya ke stadium untuk
mengikuti program yang telah disediakan untuk mereka petang ini.
Di antara program yang bakal disajikan ialah seperti Pentas Anak Muda,
Kesenian Islam dan ucapan pimpinan-pimpinan anak-anak muda yang
dijangkakan akan disertai oleh kepimpinan tertinggi anak-anak muda
parti Islam itu.
Program tersebut dijangka berlangsung sehingga 6.30 petang sebelum
acara seterusnya bermula pada jam 7.00 malam iaitu solat Maghrib, solat
hajat dan munajat serta solat Isyak.
Selanjutnya program malam ini akan diteruskan dengan ucapan
pemimpin-pemimpin utama parti yang terdiri daripada Ketua Dewan
Ulama Pas Pusat (DUPP), Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP)
, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Naib-naib Presiden,
Timbalan Mursyidul Am, Mursyidul Am dan Presiden parti itu
.
3 orang berkata:
Aku baru sampai dari Kl .aku sebahagian dari kumpulan Perkasa,terimakasih Pas yang bolih terima kami.kami akan berpakaian hijau,kami berjanji tidak melakukan perkara yang kurang sihat,teruskan kita berjuang bersama ,untuyk memastikan Malysia ini tidak di perintah DAP.Kita sama2 berkumpul mneunjukan kekuatan kita.terimaksih tuan presiden Pas yang bolih mnerima kami.
Aku baru sampai dari Kl .aku sebahagian dari kumpulan Perkasa,terimakasih Pas yang bolih terima kami.kami akan berpakaian hijau,kami berjanji tidak melakukan perkara yang kurang sihat,teruskan kita berjuang bersama ,untuyk memastikan Malysia ini tidak di perintah DAP.Kita sama2 berkumpul mneunjukan kekuatan kita.terimaksih tuan presiden Pas yang bolih mnerima kami.
Apa ni pakaramu .ada pertunjukan ular pula/Pas nak jadi ular ke agar ular tersebut dapat makan katak .? EIIIIII lari ,lari Pas dah ada ular.Pakakarmu biarlah ada permaianan lain .ada main gasing ke .main guli ke.main kawin2 ke main masak2 ,best juag kan.espk ada main unta tak
Post a Comment