PM tak mahu Melayu bertaraf setinggan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
mahu melihat masyarakat Melayu khususnya di Kampung Baru dilihat
sebagai komuniti yang bertaraf setinggan sahaja.
Beliau berkata melalui projek pembangunan Kampung Baru Legasi
Baharu itu, komuniti Melayu akan bertambah maju dan mempunyai
taraf sosial yang boleh dibanggakan.
"Saya tak mahu orang Melayu khususnya di Kampung Baru lebih
sinonim di kawasan bertaraf setinggan atau marhain, ini tak boleh.
"Saya mahu orang Melayu di Kampung Baru adalah komuniti yang
maju dan status sosial status boleh dibanggakan, di mana komuniti
ini akan meraih pendapatan tinggi," katanya ketika berucap
merasmikan Majlis Mesra Rakyat Kampong Baru, Legasi Melayu
di sini, hari ini
.
0 orang berkata:
Post a Comment