Bekas Menteri UMNO : Sekarang PAS Parti Terkuat di Malaysia
- Butiran
- Diterbitkan: 19 Oktober 2015
- Ditulis oleh Wartawan DUPP
BEKAS MENTERI UMNO : SEKARANG PAS PARTI TERKUAT DI MALAYSIA
Kota Bharu , 17hb Oktober 2015 - Bekas menteri
kabinet yang paling senior dalam Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzil
menyifatkan PAS sebagai Parti yang paling kuat di dalam persada politik
Malaysia sekarang ini.
Beliau menegaskan demikian dalam pidato beliau dihadapan lebih 100 ribu para peserta Himpunan Fastaqim 60k di Kota Bahru.
Menurut beliau lagi, berdasarkan perkembangan terkini dan sambutan
yang luar biasa terhadap PAS , mana-mana parti politik lain sukar
menubuhkan kerajaan tanpa kewujudan PAS.
Tambah beliau lagi, PAS sekarang sudah menjadi parti terkuat dan
boleh berdiri sendiri dengan kekuatan yang sedia ada untuk membawa
perubahan kepada rakyat Malaysia.
Beliau juga turut menyifatkan kekuatan sekarang ini semakin kukuh dan
padu dengan penyertaan Ngo-ngo utama Malaysia yang semakin memberikan
sokongan kepada parti Islam tertua itu.
Beliau turut meminta agar PAS tidak mengikut mana-mana Parti lain
dalam merangka hala tuju masa depan. PAS sudah memenuhi parti yang
mempunyai ciri-ciri sebagai parti tunjang.
Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan
penyelewengan yang melibatkan harta benda dan wang rakyat yang digunakan
tanpa mengikut lunas yang sebenar. Ianya membantu pembentukan jurang
ekonomi yang semakin ketara antara golongan berada dan miskin.
0 orang berkata:
Post a Comment