SHAH ALAM - Pas menyambut baik kemasukan bekas Ahli Majlis
 Tertinggi Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ke dalam PKR.
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau
 yakin dengan penyertaan Saifuddin mampu menguatkan lagi 
pembangkang di negara ini.
 
"Sebagai seorang tokoh berfikiran kritis dan berasal dari parti 
pemerintah, saya yakin beliau mampu menggembleng tenaga tenaga 
untuk pembangkang.
 
"Saya harap beliau dapat bersama parti-parti pembangkang dalam
 rangka memperbetulkan segala kepincangan dan masalah yang 
membebani rakyat hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
 
Menurut Takiyuddin, beliau berharap agar Saifuddin berjuang dengan
 penuh istiqamah demi negara dan rakyat.
 
"Sebagai sahabat lama (sejak dalam kepimpinan Mahasiswa Universiti
 Malaya tahun 1980-an) saya sekali lagi ucapkan selamat terus berjuang
 kepada Saifuddin," katanya
.