juga masa depan,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja
Pembinaan Semula Pasar Awam di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, A Rahim Nin.
Sementara itu, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, projek pembinaan
semula pasar awam berkenaan yang menelan belanja RM19.8 juta merupakan pasar
awam termahal dan pertama dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar.
Menurutnya, projek yang bermula pada 19 Disember 2013 dan sepatutnya
berakhir 19 Disember depan mengalami sedikit kelewatan ekoran berdepan
dengan masalah teknikal sehingga dijangka siap sepenuhnya April tahun depan.
“Meskipun berlaku sedikit kelewatan, tapi tidak ada pertambahan atau peningkatan
kos kerana ia hanya membabitkan beberapa masalah teknikal sahaja.
“Pencapaian sepatutnya sudah 89 peratus, tapi sehingga kini baharu 64 peratus siap.
“Bagaimanapun sehingga Disember ini kita akan pastikan kerja-kerja luar akan
disiapkan dan dijangka pertengahan tahun depan pasar awam ini akan beroperasi
sepenuhnya,” katanya.
Katanya, pasar awam moden berkenaan menyediakan 53 bangku pasar beserta
dengan 50 gerai makan dan 20 ruang kedai serta turut mempunyai ruang pameran
yang lebih moden
.
.
0 orang berkata:
Post a Comment