KOTA BHARU – Pas masih tetap dengan pendirian dan cita-cita membawa

 sistem pemerintahan Islam ke Putrajaya bagi menukar sistem sedia ada
 yang sudah tidak boleh dipertahankan lagi, kata Timbalan Presidennya,
 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, Pas telah mengemukakan satu gagasan politik Islam yang 

mahukan perubahan berlaku dalam sistem pemerintahan negara walaupun 
negara kini berdepan dengan pelbagai kemelut dan beberapa isu yang masih
 tidak selesai.

“Tidak mungkin kita berjaya lakukan sebarang perubahan tanpa istiqamah 

dan komitmen semua, perubahan yang kita hendak bawa ialah perubahan 
yang mengajak masyarakat seluruhnya untuk kembali kepada satu sistem 
yang menyelamatkan kita ke jalan yang benar di sisi ALLAH SWT,”katanya
 semasa menyampaikan ucapan di Himpunan Fastaqim (H60K).

Menurutnya, belum pernah dalam sejarah Malaysia berdepan dengan 

keadaan sebegini teruk apabila kini tidak mampu lagi berdaya saing 
dengan negara-negara jiran yang lain terutamanya dari sudut ekonomi.

[ARTIKEL BERKAITAN:  H60K: Ribuan penyokong Pas berhimpun] 

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pengerusi Lembaga

 Pemerkasaan Parti itu juga berkata, sudah tiba masanya kini rakyat
 mula bangkit untuk mengemukakan satu gagasan alternatif bagi
 berdepan dengan cabaran yang sedang berlaku dalam konteks kemajuan
 negara kini.

“52 peratus generasi yang akan mengundi pada PRU 14 adalah anak

 muda 40 tahun ke bawah, inilah generasi pengubah kita. Kita mesti 
ubah mengikut sistem yang di suruh Allah . kita tidak mahu menukar
 sistem jahiliah ke sistem jahiliah yang baru, lalu kita gagaskan sistem
 Islam yang akan kita bawa ke Putrajaya,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memberitahu Himpunan

 Fastaqim yang diadakan kelmarin membuktikan Pas bukanlah parti 
yang boleh ‘diusik’ tanpa sebab kerana usikan tersebut bukannya akan 
melemahkan parti namun mewujudkan sokongan lebih luar biasa dalam
 parti itu.