Kenyataan Tunku Ismail dimanipulasi
JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan
Mohamed menjelaskan pandangan yang dilontarkan Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah disalahtafsir dan
dimanipulasi oleh media tertentu.
Menurutnya, beliau sudah membaca sumber asal kenyataan yang
dipetik dalam wawancara yang disiarkan web sukan FourthOfficial
.com yang jelas pandangan Tunku Ismail itu tidak merujuk kepada
perkara melibatkan Perlembagaan Negara sebaliknya berkisar
kepada bola sepak.
"Tunku Mahkota Johor memberikan pandangan mengenai situasi
semasa dunia bola sepak, tetapi telah dimanipulasi oleh beberapa
media terutama portal berita.
"Saya sendiri telah membaca sumber asal dan mendapati Tunku
Mahkota Johor bukan merujuk kepada perkara yang berkenaan
(amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi)
dan tidak sentuh Perlembagaan Negara," katanya kepada Sinar
Harian, hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan
portal berita yang kononnya Tunku Ismail menegaskan semua
negeri termasuk Johor mempunyai hak menarik diri dari Malaysia
jika mana-mana perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah
Melayu tidak dipatuhi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sifat kenegerian TMJ demi rakyat Johor]
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, Perlembagaan
Negara mempunyai klausa tertentu yang mendefinisikan hak
negeri-negeri termasuk Johor dalam Persekutuan Tanah
Melayu (Malaysia).
"Johor ada hak-hak yang tidak boleh dipertikaikan seperti termaktub
dalam Perlembagaan Negara," katanya.
Justeru, Nur Jazlan meminta semua media menghentikan
perbuatan yang melaga-lagakan antara pihak istana dan
kerajaan, sekali gus tidak mencemarkan institusi diRaja
.
0 orang berkata:
Post a Comment