DAP hanya jadi musuh Pas pada PRU14
SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan
Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih
meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri
sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi
milik Pas.
"DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi.
"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan
negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit
Kayangan di sini, hari ini
Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran
Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP
sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang.
Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor
memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan
kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas
rakan sekutu, DAP pada PRU14.
Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan
menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang
yang dijangka pada Mac 2017.
3 orang berkata:
Jadi boleh la bekerjasama dengan dap. Tak ke jadi anjing dap, balaci dap, pengkhianat agama, bersama puak anti islam, sokong yahudi, bla bla bla..
Mana satu ni?? Ini soal halal haram, syurga neraka, jangan la bagi orang keliru!!!
Kalau mati sebelum pru14 macam mana??
Camna plak perkeliling SUA semalam melarang sebarang urusan dengan DAP dan PAN? Ermmm kalu ada pulus semua urusan jadi halal kot? Semoga diberi kesedaran sebelum buat tindakkan, jangan nanti budak2 PASTI pun peleceh.
Post a Comment