Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUANYA DAP YANG BUAT KERENAH DULU ...

DAP SELALUNYA MEMULAKAN SESUATU POLEMIK TAPI PAS YANG DITUDUH, MACAM PENYAMUN  MELAUNGKAN ADA PENCURI UNTUK TATAPAN UMUM SEOLAH-OLAH DIA BUKAN PENYAMUN DAN PEROMPAK, YANG ANIHNYA UMUM BOLEH PERCAYA CAKAP PEROMPAK DAN PENYAMUN, DALAM PEMBANGKANG YANG SUSAHNYA ADA PENYAMUN PEKAK DAN BISU, MEREKA GENG DAP YANG TEGAR, KITA PERHATIKAN IA BERLAKU DARI DAHULU, MEREKA UMPAMA BERCAKAP SAMA SEPERTI ORANG TAK BERSUNAT - Pak Karamu
 
 
PRU14: DAP mula obor polemik kerusi di Selangor
 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM - Pas mendakwa DAP memulakan obor polemik berkaitan pertandingan kerusi di Selangor pada PRU14 akan datang apabila mengumumkan untuk bertanding di kawasan yang dimenangi parti itu. 
 
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika mereka mula umum nama untuk menjadi calon di kawasan yang dimenangi Pas, pihaknya turut memantau kerusi milik DAP yang boleh membawa kemenangan kepada parti itu.

“Kita sebolehnya mahu elakkan pertembungan banyak penjuru dan hanya mahu mengekalkan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Tindakan mereka (DAP) mahu bertanding kepada di kerusi Pas hanya akan beri kelebihan dan kemenangan kepada BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, memaklumkan DAP menyambut baik cabaran Pas yang mengumumkan DAP sebagai musuh terbaharu mereka selain Umno.

Pengumuman tersebut dibuat ekoran kenyataan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkaitan ancaman yang diterima parti itu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno, tetapi bakal ditandingi DAP menjelang PRU akan datang.

Mengakui Pas sememangnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan DAP dari sudut kerjasama politik tetapi berada di bawah satu bumbung pentadbiran negeri, Tuan Ibrahim berkata ia suatu perkara sukar yang perlu dihadapi oleh parti berkenaan.

“Sebagai parti-parti pembangkang, tujuan utama adalah untuk tumbangkan BN. Tetapi kalau DAP sendiri nak letak calon di kerusi Pas (pembangkang) itu suatu yang tidak betul,” katanya.

Beliau berpendapat, tindakan DAP yang mahu bertanding di kerusi Pas juga suatu strategi pengusiran halus untuk rampas kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor.

“Mereka cuba wujudkan pertandingan pelbagai penjuru dan mahu Pas kalah yang akhirnya akan menyebabkan kita hilang kuasa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangan penganalisis politik berkaitan kerjasama DAP dengan Pas dalam Kerajaan Selangor dijangka berakhir sebelum PRU akan datang akibat krisis semakin meruncing, Tuan Ibrahim menyatakan pendirian bahawa Pas masih kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri dan belum ada keputusan untuk keluar.

“Memandangkan kita masih ada hubungan baik dengan PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita akan teruskan kerjasama yang sedia terjalin.

“Kenapa kita perlu keluar sedangkan kita ada hubungan baik dengan PKR,” katanya

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tak payah u turn lah..rakyat dah kenal sapa pas..parti yg tiada matlamat..

Anonymous said...

KeBODOHan pemimpin tertinggi pas menyebabkan pas terpaksa berperang dgn 2 pihak iaitu PH dan umnobn. Itu pun pas kata masih kuat.

Kuat memuki koot....

Unknown said...

Oii bengong,kalau Pas tiada matlamat dah lama Pas bungkus.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.