Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? BUATLAH LAPORAN POLIS/SPRM, KALO CAKAP JE BUAT APA ?

PKR dedah bukti dakwa BN salah guna dana
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
 
PETALING JAYA -‎ PKR menampilkan bukti bagi menjawab dakwaan mereka mengenai BN menggunakan dana awam untuk  kempen PRU13 lalu. 
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa sebanyak RM2 juta telah digunakan oleh individu-individu tertentu untuk menjalankan kempen BN dengan menggunakan dana awam.

"Penggunaan dana awam digunakan apabila geran Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2 juta telah dipindahkan kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada 22 April 2013 bagi membiayai perbelanjaan kempen BN pada PRU13 lalu.

"Saya boleh sahkan melalui semakan penyata bank bahawa kesemua RM2 juta yang dipindahkan oleh Kementerian Kewangan sebagai 'geran' kepada NGO tersebut telah digunakan bagi perbelanjaan kempen BN," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.


Dalam pada itu, Rafizi juga menampilkan penyata kewangan 'perjalanan' keluar masuk perbelanjaan RM2 juta tersebut.

Katanya, daripada RM 2 juta itu, sebanyak RM954,678.10 perbelanjaan digunakan BN untuk berkempen bagi masyarakat India di beberapa negeri tertentu.

"Sementara itu sebanyak RM500,000 digunakan bagi penyediaan CD program sahabat BN.

"Dalam pada itu satu lagi cek bernilai RM420,000 digunakan sebagai bayaran untuk kemeja-T kempen BN," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.