Pas: Kepimpinan kerajaan lebih suka mengampu
Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa
kepimpinan negara lebih banyak disibukkan dengan kerja membantu Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan pelbagai skandal yang
menghimpit pemimpin nombor satu itu.
Menurutnya, kepimpinan yang ada dilihat lebih suka membuat kerja
mengampu untuk mengekalkan kuasa daripada menggembleng tenaga dalam
merancang masa depan negara.
“Kepimpinan sebegini sudah tentu tidak lagi boleh diharapkan bagi
membela rakyat dan negara. Rakyat kini menanti PRU14 untuk melakar
perubahan politik.
“Rakyat memerlukan peta baru dalam merangka pelan pembangunan dan masa
depan negara. Umum mengetahui bahawa BN gagal membela dan menyelesaikan
masalahan negara, apakah rakyat masih ingin meneruskan dan mengekalkan
kerajaan yang korup ini? Jika ya, maka natijahnya nanti ialah
kegagalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu dibawa keluar dari pelbagai
belenggu masalah dan Malaysia perlu diselamatkan seterusnya mencapai
objektif untuk menyatukan semua pihak yang sayangkan negara ini.
“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui
kerajaan kini. Malangnya, selain BN yang menambah duka dan derita
rakyat ialah kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang.
“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu, bukan saling menyerang dan melemahkan antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, Pas sekali lagi menyarankan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai jalan keluar kepada kemelut politik pembangkang.
“Kerajaan teknokrat merupakan langkah ke hadapan bagi memberi peluang
kepada tokoh dan cendekiawan menerajui hala tuju baru dan pentadbiran
negara, manakala parti dan ahli politik sebagai wadah perubahan
tersebut.
“Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan, kuasa parti
politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan
profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana
menteri hingga ke peringkat bawahan,” katanya.
Katanya, sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat
jawatan perdana menteri dan menteri,namun berbeza dengan konsep kerajaan
teknokrat.
“Kuasa politik yang didapati melalui pilihanraya hanyalah sekadar kuasa
untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk
mentadbir negara.
“Dengan kerajaan teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi
semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti
politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli
politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan,”
katanya.
5 orang berkata:
Tiada bezanya Umno dan Pas..
Tiada bezanya macai dan walaun pemakan dedak.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Apa kurangnay dengan loger ni .pengampu dan penjilat hadi.standrd sama je .
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment