Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WOIT ? ORANG BAGAN DATOH NAPA SEPI JEW !!!

Hina TPM: Gerakan Merah lapor polis
Hina TPM: Gerakan Merah lapor polis
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Mohd Ali Baharom (tengah) dan anggotanya menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah terhadap pemilik akaun Facebook yang mengaibkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui muat naik gambar dan status menghina. - Foto Bernama
 
BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) meminta polis mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui status dalam Facebooknya. 
 
Naib Presidennya Razali Zakaria berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak berwajib lain juga mengambil tindakan sewajarnya terhadap jenayah siber seperti itu supaya ia tidak terus berulang.

"Ini satu tindakan yang biadab ... cuba mencabar kewibawaan pemimpin tinggi negara dengan mengaibkan timbalan perdana menteri Malaysia sebegitu rupa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Dua hari lepas, seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik status seolah-olah menyamakan Ahmad Zahid sebagai seekor anjing.

Tindakan individu itu telah mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Razali berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu juga dilihat berunsurkan politik untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan menjatuhkan martabat pemimpin Melayu.

Ketua Penerangan Gerakan Merah Datuk Dr Norhisham Mohd Noor pula berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap individu itu kerana ini bukan kali pertama perbuatan menghina dan memalukan pemimpin berlaku.

"Kami telah membuat 100 laporan polis (berhubung kejadian menghina ahli politik) di seluruh Malaysia sejak tahun lepas," katanya. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.