Perlu lepaskan jawatan kerana tidak sokong Najib
PUTRAJAYA - “Jika tidak mahu sokong Presiden (Umno), maka berhentilah jadi Timbalan Presiden.’
Itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz apabila bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berterusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak secara terbuka.
Menurut Mohamed Nazri, sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin sepatutnya membantu tugas-tugas presiden.
“Kami sokong dan pilih Muhyiddin (dahulu), bukan suruh dia lawan
presiden, tetapi beliau dipilih kerana kita lihat beliau boleh bantu
presiden.
“Tetapi jika hari ini, beliau tidak mahu menyokong presiden, jalan
terbaik adalah berhenti sahajalah,” katanya pada sidang media
persidangan meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 - Edisi pelancongan Masjid,
hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan timbalan presiden]
Mohamed Nazri turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang berterusan
menghentam Najib terutama berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.
“Kes ini sudah selesai seperti mana diumumkan Peguam Negara. Jadi kalau
sudah selesai apa lagi yang dimahukan. Sekarang ini adalah masa untuk
buat kerja. Sebagai satu pasukan, kita harus bantu presiden untuk bantu
rakyat.
“Jika tidak boleh bantu presiden, saya cadangkan agar jawatannya
digantung (bukan keahlian). Sebagai ahli kalau hendak hentam, itu
terpulang. Umno mengamalkan kebebasan bersuara. Yang tidak boleh
sekarang adalah kerana Muhyiddin masih timbalan presiden,” katanya.
Mengulas mengenai bukti yang dimaksudkan Muhyiddin, Mohamed Nazri
berkata, bukti sudah jelas apabila Ahli Parlimen Pagoh itu berterusan
mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka selain didakwa bersekongkol
dengan ketua cawangan Umno untuk menjatuhkan perdana menteri.
Katanya, jika sikap Muhyiddin berterusan mengkritik secara terbuka, adalah wajar perkara itu di bawa ke Lembaga Disiplin Umno.
“Jika tindakan itu dilakukan kerana kepentingan rakyat dan kerana
mewakili rakyat, saya juga wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat,”
katanya.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz
terhadap keputusan flip-flop kerajaan berhubung isu kemasukan 1.5 juta
pekerja asing, Mohamed Nazri berkata, Rafidah hanyalah ahli biasa.
“Dia bukan orang penting (dalam Umno). Tetapi Umno mengamalkan
demokrasi dan kebebasan bersuara, jadi saya tidak kisah jika dia hendak
bersuara sekali pun,” katanya.
1 orang berkata:
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment