Reformasi bermula dengan singkirkan Najib
SHAH ALAM - Tidak perlu bermimpi tentang reformasi negara sekiranya
rakyat masih tidak dapat menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ini kerana menurutnya, Najib sendiri sudah menjadi satu institusi kepada negara ini."Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti, seluruh negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya.
"Turunkan Najib adalah sebahagian reformasi negara. Najib mesti
diturunkan melalui desakan dan tuntutan secara demokratik," katanya
menerusi kenyataan.
Menurut Mahfuz lagi, tidak ada gunanya sekiranya rakyat hanya
menyingkirkan Najib namun tidak mendesak supaya sistem negara diubah.
"Jika ada yang menyatakan tidak cukup hanya menurunkan Najib seorang
sekiranya sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju dengan
kenyataan tersebut.
"Reformasi hanya bermula dengan Najib, bagaimanapun ia harus diteruskan dengan reformasi institusi," katanya.
1 orang berkata:
Jgn jadi mcm si pencadat sotong... 'PAS anti UMNO.. bukan anti orang UMNO...' Nak tanya la si pencadat tu.. UMNO tu ahli dia beruk barua tolol ka atau orang. Kalau orang.. mestilah kena lawan.. baru UMNO tu jatuh.. baru ada perubahan. Bukan nak suruh lawan ahli biasa.. ahli biasa kita kawan... tadak masalah pung...tapi kita nak desak PM dan Menteri dia 'turun' dari jawatan dia tu.. buat pilihanraya baru... Ni tidak.. asal nak lawan Najib.. ada ja alasan 'si Penasihat' untuk back up Najib..
Post a Comment