Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMSENG CILIK MELAYU

Buli: Tiga pelajar 15 tahun dibebas dengan jaminan
Kes buli: Pelajar terima lapan jahitan dibelasah senior
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian mulut.
 
KUALA LUMPUR - Tiga pelajar sekolah menengah dibebas dengan jaminan selepas dipercayai terlibat membelasah seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama penuh. 
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad  berkata, selepas memperoleh kebenaran dari penjaga, tiga pelajar berusia 15 tahun itu dibawa sendiri oleh guru penolong kanan sekolah tersebut kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, selepas keterangan diambil, ketiga-tiga pelajar ini dibebas dengan jaminan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua terpaksa menerima lapan jahitan di bibir akibat dibelasah bertubi-tubi dengan kasut oleh tiga pelajar senior, dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kes buli: Pelajar terima lapan jahitan dibelasah senior ]
Mangsa dibelasah tiga pelajar senior terbabit ketika semua pelajar lain sedang tidur di asrama masing-masing.

Dalam kejadian tersebut, mangsa didakwa dipaksa diam sebelum dipukul, ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut di lokasi berhampiran.

Bagi mengelakkan kejadian tersebut diketahui pihak sekolah, mangsa yang kemudiannya disuruh pulang ke asrama diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa jika tidak mahu dipukul lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.