MUHYIDDIN SUDAH MENJADI AHLI BIASA UMNO, DARI JADI ORANG BESAR TETIBA JADI ORANG KECIL, INILAH DUNIA POLITIK - Pak Karamu
Jawatan Muhyiddin digantung serta-merta
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari
ini dilaporkan digantung serta-merta daripada jawatan beliau dalam
parti.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu diambil
selepas ahli Majlis Tertinggi (MT) berbincang selama lebih dua jam untuk
usul penggantungan berkenaan, lapor Astro Awani.
"MT mengambil maklum UMNO menyokong prinsip bersuara tetapi perlulah
mengikut saluran yang betul. Dalam kes Muhyiddin ini, apa yang
dilakukannya adalah sangat serius dan MT mengambil keputusan menggantung
jawatannya serta-merta.
"Keputusan itu diambil selepas mengambil kira suasana politik semasa.
Muhyiddin seharusnya membantu dalam usaha mengukuhkan parti.
"Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas
Timbalan Presiden UMNO," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat
Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment