Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JPJ PUTAR-PUTAR ?

JPJ perlu jelaskan punca kenaikan kadar denda



Cermin gelap


SHAH ALAM - Kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didesak untuk menjelaskan punca sebenar kadar denda bagi penggunaan cermin gelap dinaikkan. 
Ini kerana menurut Pengerusi Sekretariat Protes AES, Zulhazmi Shariff, kenaikan kadar secara mendadak seperti yang dilaporkan baru-baru mengelirukan pengguna dan mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai.

“Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dalam laporan Bernama menafikan bahawa JPJ akan mengenakan denda RM2,000 sebaliknya berkata hanya kompaun maksimum RM300.

“Beliau juga dilaporkan berkata “Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama”.

“Apa maksud undang-undang mahkamah? Tidak ada undang-undang mahkamah atau bukan mahkamah. Undang-undang hanya satu. Kenyataan tersebut jelas menggambarkan kekeliruan tentang undang-undang dan peraturan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Semalam, JPJ menafikan kenyataan dilaporkan media pada Khamis lalu berkaitan denda RM2,000 yang akan dikenakan bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had, sebaliknya kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300.

JPJ juga dilaporkan menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.

Zulhazmi dalam pada itu turut menjelaskan perbezaan maksud bagi kompaun dan denda bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.

Katanya. kompaun maksimum bagi apa saja jenis kesalahan yang boleh dikompaun ialah RM300 di bawah Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala, denda pula katanya, ialah kadar yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Kaedah, Peraturan atau Akta tertentu melibatkan kesalahan tertentu.

"Dalam konteks ini, kadar kompaun maksimum tetap RM300 tetapi Kaedah dipinda menaikkan kadar denda daripada tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih dua minggu kepada denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

“Isunya sekarang ialah bagi kesalahan di bawah Kaedah baru ini pemilik kenderaan atau pemandu boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika mereka tidak membayar kompaun yang ditawarkan. Kenapa denda dinaikkan? Itu isunya. Jangan kelirukan orang ramai dengan kekeliruan diri sendiri,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.